Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kedua, yang juga seorang bayi perempuan, tidak lama lagi.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi media sosial miliknya yang jelas memperlihatkan keterujaan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu untuk sekali lagi bergelar ibu kepada anak perempuan.

Ibu kepada seorang cahayamata ini meluahkan rasa syukur dan bahagia kerana sekali lagi diberi peluang merasai pengalaman memiliki anak perempuan, yang disifatkannya sebagai rezeki paling bermakna dalam hidupnya.

“Seorang lagi puteri kecil akan menyertai keluarga kami dan hati saya terasa sangat bahagia. Saya sentiasa sukakan segala-galanya tentang memiliki bayi perempuan.

“Barang comel, warna merah jambu, reben, gaun dan setiap perincian kecil, dan kini saya berpeluang untuk melaluinya sekali lagi,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Intan turut sempat mengusik suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, mengenai kehadiran seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kecil mereka.

“Selamat berjaya Daddy… seorang lagi anak perempuan akan menyertai keluarga ini. Seorang lagi ‘mini saya’ akan menyusul,” tulisnya.

Tambah Intan lagi, bayi keduanya itu dijangka dilahirkan di bawah zodiak Leo, sama seperti dirinya sendiri, yang dianggap satu kebetulan manis dalam kehidupannya.

Kehadiran cahaya mata baharu itu juga bakal menjadikan anak sulungnya, Imane Lunara, bergelar kakak tidak lama lagi.

“Seorang adik perempuan untuk Lunara, dan sejujurnya saya tidak mampu untuk menjadi lebih bahagia daripada ini.

“Saya tidak sabar untuk menghias bilik kecilnya, membeli-belah lebih banyak barangan bayi perempuan dan melihat Lunara menjadi kakak yang paling manis,” kongsinya.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Imane Lunara, pada Disember 2024.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading