Bak ‘telan kaset’! Itulah pujian yang rata-rata dilontarkan oleh penonton yang menyaksikan Konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang berlangsung di Mega Star Arena, malam tadi. Zamani berjaya memukau penonton menerusi vokalnya yang mantap meskipun berhadapan masalah kesihatan (pernah berdepan masalah tulang belakang atau skoliosis).

Ternyata, ia bukan penghalang buat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan bertenaga pada konsert berdurasi lebih dua jam itu. Sepanjang persembahan tersebut, Zamani tidak sekalipun duduk menyanyi malah lincah menggunakan pentas sebaik mungkin dalam situasi menghiburkan para peminat yang kagum dengan kelunakan vokalnya.

Alunan muzik kumpulan Slam kembali menghidupkan nostalgia sekali gus membawa peminat mengimbau kegemilangan era 90-an menerusi deretan lagu hits mereka.

Memulakan persembahan, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 55 sempat mengucapkan terima kasih kepada penonton yang masih menyokong kumpulan Slam sampai sekarang.

Lebih bermakna nyanyian itu juga kembali menghidupkan nostalgia sekali gus membawa peminat mengimbau kegemilangan era 90-an menerusi deretan lagu hits mereka.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 55, mengucapkan terima kasih kepada penonton yang masih menyokong kumpulan Slam sampai sekarang.

Peminat Lama & Baharu

Sempat berinteraksi dengan para penonton, pertanyaan Zamani ketika memulakan segmen pertama konsert mencuit hati para penonton.

“Terima kasih pada yang datang malam ini dan terus beri sokongan pada kami, kumpulan Slam.

“Sekarang, saya nak tanya siapa yang datang pada Konsert Unplugged Slam di Stadium Merdeka pada 1996?

“Siapa yang belum dilahirkan? Maknanya, yang datang konsert pada malam ini sudah sebaya dengan kami,” katanya sambil mendapat sorakan dari penonton.

Selain Zamani, Slam tampil bersama Shah (gitar), Lili (bass), Man (dram) dan Eddie (keyboard).

Secara total, dalam konsert selama 2 jam 30 minit itu dengan dihadiri oleh 4000 peminat, Slam memainkan 21 lagu dengan diiringi oleh National Symphony Orchestra, dan pemuzik undangan Shafik (gitaris), Paang Zaman( perkusi) dan suara latar oleh Mat dan Farah.

Pada malam itu, Slam menyampaikan rangkaian 20 lagu hits dan lagu yang jarang dipersembahkan menerusi tiga segmen termasuk bersama artis undangan dengan iringan dari Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Antara rangkaian lagu hits disampaikan ialah Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Manisnya Rindu, Kita Terpaksa Bermusuhan, Buat Seorang Kekasih, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih dan Kembali Terjalin.

Segmen istimewa bersama artis undangan yang menampilkan tiga gitaris legenda tanah air iaitu JoBranko, Kid Search dan Aznan Alias menerusi tiga lagu iaitu Intanku Kesepian, Gadisku dan Sentuhan Listrikmu paling dinantikan sekali gus berjaya menghangatkan lagi konsert pada malam itu.

Pada penghujung konsert, Zamani juga mengundang tiga gitaris legenda terbabit bersama pemain gitar Slam iaitu Shah untuk persembahan ‘finale’ menerusi lagu hit mereka Gerimis Mengundang yang turut mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Konsert The Grand Slam Unplugged 2 diadakan tiga dekad selepas kemunculan sulung mereka menerusi konsert ‘unplugged’ di Stadium Merdeka pada 3 Ogos 1996.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading