Penyanyi, Ara Johari kini tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama komposer tempatan Aepul Roza dan Daus Drama Band yang masih mengekalkan konsep galau selepas Menjaga Jodoh Orang Lain dan Terlalu Bodoh.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, single berentak balada bertajuk Kisah Yang Hampir Sempurna itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pasti menyentuh jiwa sesiapa yang pernah melalui pengalaman yang sama.

“Sudah setahun lebih Aepul mengirimkan lagu ini pada Ara, Ara tunggu masa yang sesuai untuk release dan sekarang adalah masa yang terbaik.
“Kisah Yang Hampir Sempurna mengisahkan tentang sebuah perhubungan yang berakhir dengan perpisahan bukan kerana ada orang ketiga namun kedua-dua hati tidak ditakdirkan untuk bersatu.

“Kali ini penceritaan lagu ini tidak klise kerana Ara rasa tak semua perpisahan itu harus berakhir dengan pergaduhan atau orang ketiga.
“Ada perpisahan yang tak perlukan alasan kenapa mereka harus berpisah” ujarnya yang berusia 29 tahun.
Kisah Yang Hampir Sempurna merupakan hasil ciptaan komposer Aepul Roza & Daus Drama Band dan lirik Aepul Roza bersama Ara Johari.
Lebih menarik muzik video rasminya menampilkan pelakon popular kegilaan ramai Hun Haqeem sebagai hero.


“Sejak Ara mengeluarkan Menjaga Jodoh Orang Lain dan Terlalu Bodoh, ramai peminat yang tanya bila nak ada lagu bersama komposer tempatan supaya dapat masuk Anugerah Juara Lagu, oleh kerana itu Ara beranggapan inilah masa yang sesuai untuk Ara keluarkan lagu ini.”

Kisah Yang Hampir Sempuran merupakan edaran Universal Music Malaysia ini sudah boleh didengari di semua platform.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply