Bersedia untuk pengalaman festival yang melangkaui persembahan muzik biasa apabila NU FEST 2027 bakal berlangsung buat julung kali di
Stadium Merdeka pada 30 Januari 2027, menghimpunkan muzik, budaya, kreativiti dan gaya hidup dalam sebuah festival yang dirancang untuk generasi muda Malaysia.


Dianjurkan oleh COMs. Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni, festival ini mengangkat konsep “Music, Culture & Community” sebagai teras utama, dengan menawarkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan persembahan muzik, aktiviti kreatif, ruang niaga serta peluang untuk pengunjung berinteraksi dan mencipta kenangan bersama.

Lebih daripada sekadar konsert yang menghimpunkan barisan artis, NU FEST 2027 menyasarkan untuk menjadi sebuah destinasi gaya hidup yang membolehkan pengunjung menikmati suasana festival seawal ketibaan mereka, meneroka pelbagai tarikan dan seterusnya menghayati persembahan di pentas utama.

Bukan Sekadar Konsert, Tetapi Pengalaman “Festival”

Inspirasi penubuhan NU FEST tercetus daripada perkembangan festival muzik antarabangsa yang kini menjadi sebahagian daripada budaya dan gaya hidup, dengan menawarkan pelbagai pengalaman di luar persembahan pentas semata-mata. COMs. Creative Studio bersama-sama AKE Seni mahu membawa pendekatan tersebut ke Malaysia dengan identiti tersendiri, sekali gus menyediakan ruang untuk golongan muda berkumpul, menikmati muzik dan meneroka kreativiti dalam suasana yang menyeluruh.

Antara tarikan yang dirancang termasuk pentas utama, “Rock Zone”, tempat duduk “Grandstand”, kawasan makanan, karnival, pasar kreatif dan “brand activation”.

“Kami tidak mahu NU FEST dilihat sebagai sebuah konsert yang mempunyai ramai artis sahaja. Sebaliknya, kami mahu pengunjung datang lebih awal, menikmati suasana festival, meneroka karnival dan aktiviti kreatif sebelum menyaksikan persembahan di pentas utama.
“Konsep kami sangat mudah iaitu ‘Music, Culture & Community’. Kami mahu NU FEST menjadi tempat golongan muda berkumpul, berseronok dan mencipta pengalaman bersama,” -Zairul Addry Helmy, wakil COMs. Creative Studio.

Barisan Artis Pelbagai Genre Dalam Satu Pentas

Menerusi pengumuman Fasa 1, NU FEST 2027 memperkenalkan barisan artis yang menggabungkan kepelbagaian genre, karakter muzik serta kelompok peminat, termasuklah The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan Monosterio, selain kemunculan
istimewa Band D_Va.

The Changcuters bakal membawa semangat perjalanan muzik mereka yang memasuki tahun ke-22, manakala Dukes dan Lokarya diketengahkan sebagai bakat baharu yang berpotensi mencuri perhatian.

The Beretta’s, Saja dan Monosterio pula melengkapkan barisan tersebut menerusi identiti muzik masing-masing, sementara kemunculan Band D_Va dijangka menghidupkan kembali nostalgia era 2000-an. Pemilihan artis dibuat berdasarkan kepelbagaian muzik, kekuatan kelompok peminat, tenaga persembahan serta kesesuaian dengan identiti festival.

“Kami mahu barisan artis yang boleh merentasi beberapa generasi dan kelompok peminat yang berbeza. Setiap nama mempunyai karakter tersendiri, daripada rock, pop dan nostalgia
hinggalah muzik alternatif serta ‘energy’ yang lebih segar. Gabungan ini diharap dapat memberikan pengalaman muzik yang pelbagai sepanjang berlangsungnya festival,” tambah
En. Zairul Addry Helmy.

Nidji & Masdo Lengkapkan Pengumuman Fasa 2

Keterujaan terhadap NU FEST 2027 diteruskan menerusi pengumuman Fasa 2 yang menampilkan Nidji dan Masdo sebagai antara tarikan utama festival.


Nidji dijadualkan membuat persembahan selama 90 minit, menjadikan kemunculan kumpulan popular Indonesia itu antara yang ditunggu-tunggu. Dengan himpunan lagu yang dekat di hati peminat, persembahan tersebut bakal memberikan ruang untuk pengunjung
menyanyi bersama dan menikmati pengalaman muzik secara langsung.

Turut menyertai barisan artis ialah Masdo, kumpulan tempatan yang mendapat tempat dalam kalangan generasi muda, khususnya golongan “Gen Z”, menerusi pengaruh retro dengan
sentuhan kontemporari.

Selain barisan artis yang diumumkan, NU FEST 2027 turut menampilkan Beats & Brew, sebuah komuniti DJ di Malaysia yang menghimpunkan penggiat industri dan peminat budaya DJ. Kehadiran mereka bakal memberikan dimensi berbeza kepada festival ini menerusi persembahan yang lebih dinamik, sekali gus menambah kepelbagaian hiburan dan menghidupkan suasana sepanjang acara berlangsung.


Pada masa yang sama, COMs. Creative Studio dan AKE Seni turut merancang elemen istimewa yang berpotensi merangkumi gandingan artis, susunan muzik khas dan persembahan yang
disediakan khusus untuk festival ini. Butiran lanjut akan diumumkan pada masa yang bersesuaian.

Tiket Bermula RM88, Tawaran Khas Untuk Pembelian Berkumpulan

Harga tiket NU FEST 2027 bermula serendah RM88, dengan tawaran khas turut disediakan untuk pembelian secara berkumpulan bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat menikmati pengalaman festival ini.

Bagi jualan tiket Fasa 1, kategori “Standing” akan dibuka terlebih dahulu, manakala maklumat mengenai kategori tempat duduk “Seating”, termasuk kawasan “Grandstand”, akan diumumkan kemudian.


Dengan gabungan artis pelbagai genre, persembahan DJ serta tarikan kreatif dan gaya hidup, NU FEST 2027 bakal membuka lembaran baharu dalam landskap festival tempatan pada tarikh 30 Januari 2027 di Stadium Merdeka.


Maklumat lanjut akan diumumkan oleh COMs. Creative Studio serta AKE Seni dari semasa ke semasa.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading