Selepas lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tanah air, kumpulan Exists bakal membawa kembali kenangan itu ke tempat segala-galanya bermula menerusi Konsert Exists Pulang Live In JB yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2027, jam 8.30 malam di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Mengangkat judul Pulang, konsert ini mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar sebuah persembahan pentas. Johor merupakan tempat bermulanya perjalanan Exists sebelum nama mereka berkembang dan menjadi antara kumpulan yang cukup dikenali dalam landskap muzik popular Malaysia.
Kali ini, mereka kembali bukan sekadar untuk menghiburkan peminat, tetapi seolah-olah mahu menyambung semula hubungan dengan tempat yang pernah menjadi saksi kepada langkah pertama mereka.

konsert ini lebih menarik ialah kehadiran tujuh anggota yang bakal menghidupkan kembali perjalanan muzik Exists. Mamat dan Ezad akan berkongsi tugas sebagai vokalis, manakala Along dan Shah menggalas peranan sebagai pemain gitar, Musa di bahagian bass, Ujang di posisi dram dan Ajai sebagai pemain keyboard.
onsert ini dianjurkan oleh Nusantara Live Entertainment bersama Infinity Love Creative Ventures. Menariknya, penganjuran ini merupakan kerjasama kali kedua antara kedua-dua syarikat selepas kejayaan Wali Live In JB pada 3 Oktober lalu di lokasi sama yang menarik kira-kira 14,000 penonton.
Wakil Nusantara Live Entertainment, Muhammad Hafiz bin Abd Hamid dan Nur Liyana binti Abd Rahman menyifatkan kejayaan penganjuran terdahulu sebagai pengalaman bermakna yang memberikan keyakinan untuk terus membawa persembahan berskala besar kepada peminat muzik di Johor.
Menurut mereka, pemilihan Exists mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana Johor merupakan tempat bermulanya perjalanan kumpulan tersebut sebelum berjaya menempa nama dalam industri muzik tanah air.
Bagi peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini, tiket Exists Pulang Live In JB ditawarkan pada harga bermula RM98 menerusi kategori Janji Padamu, diikuti Julia berharga RM138, Jesnita RM149, Bunga RM168, Alasamu RM428 dan Untukmu Ibu pada harga RM928.
Jualan tiket akan bermula pada 2 November 2026, jam 10 pagi menerusi platform rasmi MyTicket Asia di https://myticket.asia/. Konsert ini turut mendapat sokongan ERA FM dan SINAR FM sebagai radio rasmi.
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply