Dewa 19 bakal kembali mencetak sejarah dan kejayaan apabila kembali beraksi di Malaysia menerusi  konsert Dewa 19 – Cintaku TerTinggal di Malaysia.

Dewa 19 – Cintaku TerTinggal di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Dewa 19 akan kembali ke Malaysia setelah kali terakhir di tahun 2023, mqsih bersama promoter Icon Entertainment.

“Kami kembali kerana ada permintaan peminat di Malaysia,” ujar Ahmad Dhani yang ditemui di restoran miliknya, Dewa 19 JavaRock Restography di Kemang, Jakarta Selatan, Indonesia.

Menerusi sidang media yang diadakan secara langsung di Instagram, penganjur mendedahkan pemilihan judul konsert itu mempunyai nilai nostalgia dan sejarah peribadi buat ketua kumpulan itu, Ahmad Dhani.

Difahamkan judul asal lagu berkenaan adalah Cintaku Tertinggal di Kuala Lumpur sebelum disingkatkan kepada Cintaku Tertinggal di Malaysia.

Pemilihan tajuk itu bukan sekadar hiasan, sebaliknya ia diangkat sebagai simbolik kepada perjalanan seni serta pelbagai kenangan indah yang tercipta buat kumpulan itu di negara ini.

Lebih menarik, malam penuh emosi itu bakal dimeriahkan dengan persembahan jemputan khas daripada satu lagi kumpulan gergasi dari seberang iaitu Padi Reborn.

Terdahulu, akaun peminat rasmi Dewa19BalaMalaysia memberi bayangan mengenai pengumuman itu yang amat dinantikan oleh seluruh Baladewa dan Baladewi di tanah air.

Menariknya juga untuk kali ini, tema pakaian amat mudah dan menunjukkan sisi sejati peminat dalam meminati serta mengidolakan kedua-dua band terkenal ini iaitu T-SHIRT BAND ORIGINAL.

Untuk itu, Baladewa dan Sobat Padi, segeralah menjadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’. Jangan sampai kecundang dalam ‘peperangan yang seperti hantu’ dan tiket mulai di jual pada  Jumaat 27 Feb 2026, pada jam 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/Dewa19
 
Pastikan kategori dan harga tiket iaitu RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta),  RM488 (Sedang Ingin Bercinta) menjadi milik anda kerana momen Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia tidak akan berlaku dua kali.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading