Cinta, pengkhianatan dan perebutan kuasa dalam keluarga, apabila mangsa bangkit sebagai mentua

Astro sekali lagi tampil mencuri perhatian penonton dengan sebuah
naskhah baharu yang sarat dengan konflik dan emosi, Dendam Seorang Mentua, yang bakal bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, Isnin – Jumaat pada jam 6 petang. Mengangkat jalan cerita yang luar daripada kebiasaan, drama ini membawakan kelainan menerusi tema balas dendam yang berakar dalam institusi kekeluargaan, sekaligus menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih berani dan
mencengkam.


Meneruskan jenama popular “Dendam Seorang…” dalam rangkaian kandungan Astro, drama ini mengisahkan Sofia yang dikhianati kekasihnya dan sahabat baiknya – sehingga dipenjarakan atas
jenayah yang tidak dilakukannya. Selepas dibebaskan, Sofia bangkit membalas dendam dengan mengahwini Datuk Muzaffar, bapa kepada bekas kekasihnya. Tindakan ini mencetuskan konflik baharu apabila Sofia berdepan musuh lamanya sebagai mentua, sekali gus mengangkat tema perebutan kuasa dan konflik emosi dalam hubungan kekeluargaan.

Dendam Yang Membara

Drama ini menampilkan penampilan sulung Tracie Sinidol dalam slot Tiara Astro, yang membawakan watak Sofia, seorang wanita berperwatakan lembut namun menyimpan kekuatan dan dendam yang
membara di dalam dirinya. Turut digandingkan ialah Chacha Maembong sebagai Harlina dan Hariz Hamdan sebagai Hariz, pasangan yang menjadi titik permulaan kepada konflik dan dendam yang menghancurkan kehidupan Sofia.

“Kejayaan dua siri sebelum ini mendorong kami untuk membawakan satu lagi naskhah dalam francais ini yang sememangnya dekat dengan citarasa penonton kami,” kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua
Saluran Melayu, Astro.

“Penonton hari ini semakin bijak dan dahagakan jalan cerita yang berbeza serta berani. Melalui ‘Dendam Seorang Mentua’, kami membawakan sebuah francais yang sudah dikenali ramai sambil meneroka perspektif baharu dalam penceritaan drama tempatan, khususnya dalam mengangkat konflik kekeluargaan yang lebih kompleks dengan pendekatan yang segar dan mencabar.”

“Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan pengarah dan penulis berbakat yang telah menghasilkan judul popular di Astro sebelum ini seperti Hijrah Jannah dan Dendam Seorang Madu.
Harapan kami agar drama ini dapat diterima baik oleh penonton dan mencetuskan perbualan, sama seperti komitmen dan semangat yang telah dicurahkan sepanjang proses penerbitannya.”

Turut menyerikan drama ini ialah gandingan pertama di layar kaca antara Dato’ Aaron Aziz sebagai Karl dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Datuk Muzaffar, yang menjanjikan kombinasi lakonan penuh
karisma dan impak. Drama ini turut menampilkan Intan Ladyana sebagai Yasmin, orang kanan Datuk Muzaffar, yang kembali mewarnai layar perak dengan kemunculan semula yang dinanti-nantikan
selepas sekian lama.


Dendam Seorang Mentua turut boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan Sooka. Langgani Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.
Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

Layari http://www.lifestylemediahub.com untuk info terkini hiburan dan gaya hidup.

Leave a Reply

Trending