Selepas tular video mengenai keikhlasan hati individu dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ membantu seorang lelaki membaiki motor tanpa mengenakan bayaran, rezeki datang dala pelbagai bentuk untuk dirinya. Ia turut mendapat perhatian apabila menerima tajaan dua tiket penerbangan umrah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata, hadiah itu diberikan memandangkan Abang Minyak Hitam Jalanan atau dikenali sebagai Mohd Yusof Mohd Noor, tidak pernah lagi mengerjakan ibadah haji atau umrah.

“Saya tanya abang Yusof tadi, sudah pernah pergi umrah atau haji dan katanya belum lagi.

“Jadi hari ini saya nak umumkan kita hadiahkan dua tiket penerbangan umrah. Terpulang kepada beliau nak pilih siapa nak ikutnya,” katanya pada sidang media haji bersama sebuah TV Alhijrah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di laman sosialnya, Abang Minyak Hitam Jalanan sering menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, sekali gus meraih perhatian ramai di media sosial.

Baru-baru ini, videonya tular sekali lagi apabila membantu individu berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky yang mengalami kerosakan motosikal tanpa meminta wang bayaran.

Jalankan Amanah

Sebaliknya, beliau turut menghulurkan wang infak kepadanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, semua yang dilakukan itu adalah semata-mata kerana Allah SWT.

“Saya tak meminta apa-apa, ini semua rezeki. Saya pun tak tahu nak cakap apa kerana tak menjangkakan perkara ini boleh sampai ke tahap ini.

“Saya cuma jalankan amanah orang yang menginfak dan melakukan tanggungjawab sebagai pekerja.

“Saya tak mahu memegang duit infak terlalu banyak, takut tersalah pakai atau gelap mata,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong serta mendoakan usaha yang dilakukannya selama ini.

“Terima kasih kepada semua yang doakan saya. Ramai lagi rakyat Malaysia yang buat kebaikan, bukan saya seorang. Kadang-kadang nampak kecil, tapi besar maknanya.

“Terima kasih juga kepada isteri saya yang sentiasa beri semangat. Tanpa dia, saya mungkin tak berada di tahap ini,” katanya.

“Saya buat semua ini kerana Allah. Saya tak minta apa-apa balasan, ini semua rezeki yang Allah aturkan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading