Figura seorang bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak, seperti yang ditunjukkan oleh maestro Dato M. Nasir dalam keluarganya.

Seorang bapa yang berdedikasi dan penyayang, beliau menjadi contoh teladan yang baik, mengajar anak-anak tentang nilai-nilai seperti disiplin, integriti, dan kasih sayang.

Menurut Datin Marlia Musa,dalam keluarga mereka kedua-duanya memainkan peranan yang penting dan saling melengkapi antara satu sama lain sebagai sebuah institusi kekeluargaan.

Mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos 2000, Datin Marlia Musa menafikan persepsi segelintir pihak yang mendakwa suaminya  seorang yang serius dan sukar untuk didekati.

“Ramai orang sangka dia seorang yang garang, serius dan ada yang kata dia tak berbual, katanya ‘man of few words’. Tetapi tidak, kalau begitu takkan lah saya berada di dalam perkahwinan ini selama 26 tahun.

“Selalu Nak Tahu Cerita Saya & Anak-Anak’-Datin Marlia Musa

Menurut Datin Marlia Musa lagi,  komposer terkenal tersebut mempunyai sikap yang prihatin dan sering mengutamakan keluarga dalam setiap hal. Tambahnya lagi, Dato M.Nasir pasti akan mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak melalui isteri tersayang.

“Kalau saya keluar dia mesti akan tanya pergi ke mana, seronok atau tidak, buat apa atau berbual apa dengan kawan-kawan.

Sama juga bila dengan anak-anak, dia selalu nak tahu apa yang mereka buat dan bagaimana hari mereka. Ada anak yang senang untuk bercerita dan ada yang tidak, tetapi sebagai ayah dia tidak pernah melihat benda itu menghadkan komunikasinya dengan anak-anak.

Dia selalu nak tahu, bila anak berkongsi cerita. Saya rasa itu satu benda yang bagus,” ujarnya.

Aktres berusia 57 tahun tersebut mengagumi figura seorang bapa yang ditonjolkan oleh pelantun lagu Suatu Masa itu kerana ia telah memberi kesan yang besar di dalam kehidupannya.

“Saya sendiri kehilangan bapa semasa berusia 10 tahun, kenangan dengan arwah masih ada tapi ketika membesar saya rasa kekosongan. Jadi bila saya melihat bagaimana Datuk bersama dengan keluarga, saya berasa beruntung walaupun saya tak punya bapa tapi hari ini saya lihat bagaimana seorang ayah menyayangi anak-anak.

Ini satu sisi yang orang tak nampak, tapi dalam keluarga kami tahu dia bagaimana.

Untuk info, pasangan mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. Terdahulu, M.Nasir pernah mendirikan rumah tangga bersama Junaidah dan dikurniakan lima orang anak sebelum suri hatinya itu meninggal dunia pada 1998.

Mengenai perkembangan terkini seni Dato M. Nasir, 4 Julai 2026 ini beliau akan melengkapkan siri CIPTA dengan penganjuran DATO’ M.N47IR CIPTA 4oleh penganjur sama, Icon Entertainment.

Dijadualkan berlangsung di Unifi Arena Kuala Lumpur pukul 8.30 malam, Cipta 4 akan menjadi penerus kepada trilogi CIPTA yang telah mencetus fenomena dan mencetak kejayaan bukan hanya buat M. Nasir tetapi seluruh industri muzik tempatan.

Untuk itu, jangan terlepas butiran pembelian tiket dengan ke semua kategori duduk yang mula dilancarkan pada 24 April 2026 (Jumaat) bermula pukul 11 pagi.

Tiket-tiket dengan kategori harga (SEMUA KATEGORI ADALAH DUDUK): RM238 (MENTERA SEMERAH PADI), RM338 (SEKUNTUM BUNGA DI GURUN SAHARA), RM458 (ANDAINYA AKU PERGI DULU), RM488 (MAHLIGAI SYAHDU), RM528 (SENTUHAN KECUNDANG) dan RM588 (CINTA KRISTAL) boleh dibeli menerusi http://www.ticket2u.com.my.

Follow kami di https://lifestylemediahub.com/ untuk lebih banyak informasi gaya hidup dan hiburan.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading