Penyanyi dan usahawan popular Indonesia, Ashanty, berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Sumber Daya Manusia di Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya baru-baru ini.

Kejayaan tersebut diperolehi selepas berhempas pulas selama lebih tiga tahun pengajian termasuklah menyiapkan tesis sebagai syarat utama untuk bergelar doktor falsafah.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Ashanty berkongsi kegembiraannya dan antara yang menarik perhatian ramai ialah tesis yang disediakan oleh isteri kepada Anang Hermansyah ini iaitu”Respons Adoptif Penyanyi Baby Boomers dan Generasi X terhadap Transformasi Digital di Industri Muzik Indonesia”.

Tesis berkenaan mengupas bagaimana penyanyi daripada generasi terdahulu menyesuaikan diri dalam lanskap muzik yang didominasi oleh penggunaan teknologi digital.

Ashanty turut berkongsi sebahagian proses untuk menamatkan pengajian iaitu dengan menjalani sidang promosi doktoral yang berlangsung selama dua jam 30 minit.

Penyanyi dan juga merupakan suami Ashanty, Anang Hermansyah turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada barisan penguji di atas pandangan dan teguran yang diberikan sepanjang proses tersebut berlangsung.

Terima kasih untuk para penguji atas semua pertanyaan, masukan dan revisinya. 2.5 jam terasa berat, namun saya gembira dapat melaluinya,” katanya.

Ashanty turut menzahirkan rasa terima kasih kepada penyelia dan penyelia bersama yang sentiasa membimbing sepanjang perjalanan akademiknya.

” Terima kasih juga kepada penyelia dan penyelia bersama saya yang sentiasa sabar membimbing, mengarahkan dan menemani setiap proses sehingga saya sampai ke tahap ini.”-Ashanty

“Satu lagi langkah menuju ujian terbuka, iaitu peringkat akhir dalam keseluruhan perjalanan saya. Semoga semua proses seterusnya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sepanjang tempoh pengajian, Ashanty berulang-alik antara Jakarta dan Surabaya demi memastikan komitmennya terhadap akademik dapat diteruskan sebaik mungkin.

Malah, beliau turut menafikan tanggapan bahawa status selebriti memudahkan laluan pengajiannya. Sebaliknya, Ashanty menegaskan bahawa pengajian di universiti awam tetap menuntut standard tinggi serta disiplin yang sama seperti pelajar lain.

Pencapaian ini sekali gus membuktikan bahawa kesibukan sebagai figura terkenal bukan penghalang untuk mengejar ilmu, malah menjadi inspirasi buat ramai untuk terus berusaha tanpa mengenal batas. Tahniah Dr Ashanty!

Dapatkan segala informasi gaya hidup dan hiburan di https://lifestylemediahub.com/

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading