Komposer dan anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 dalam keadaan masih sihat dan masih aktif berkarya.

Berkongsi momen tersebut menerusi perkongsian di Threads, Edry yang kini menetap di Manchester menganggap usia bukan penghalang untuk terus melakukan perkara yang dicintainya.
“Made it to the big 50! Alhamdulillah.
“Tolak ketepi kedutan, rambut beruban dan sendi yang dah mula berbunyi, saya masih dalam keadaan tip top untuk buat apa yang saya suka, dengan orang yang saya sayang dan untuk mereka yang saya sayang,” katanya.


Seronok Get Together
Dalam masa sama, Edry yang kini bermastautin di Manchester turut berkongsi momen bersama rakan artis, Tomok yang kebetulan sedang bercuti bersama keluarga di Manchester.
“Gembira dapat ‘get together’ dengan bro Tomok yang sedang bercuti di Manchester dengan keluarga, dan sepupu saya Johan Lucas di rumah saya di Rochdale,” ujarnya.


Hargai Peminat
Edry turut mengambil kesempatan menghargai sokongan peminat yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan karier seni.
“Blessed dengan sokongan peminat semua. Terima kasih kepada yang menjadikan saya seperti hari ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen peminat dan rakan selebriti turut sama tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan ucapan ulang tahun kepada figura muzik tanah air itu. Antara yang menitipkan ucapan hari lahir termasuklah Ernie Zakri.


Happy 50th Birthday Edry Abd Halim dari team http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply