Penyanyi berprestasi vokal tinggi, Syamel kembali merancakkan
industri muzik tempatan menerusi single terbaharu berjudul “PERTAMA”, sebuah karya segar ciptaan dan terbitan Edry Abdul Halim.

Lagu ini membuka lembaran baharu buat Syamel dengan menampilkan sisi muzik yang lebih groovy, moden serta sarat dengan sifat tersendiri.
“PERTAMA” mengangkat tema cinta pandang pertama, namun dengan pendekatan lebih luas dan terbuka. Ia bukan sekadar tentang jatuh cinta kepada seseorang, tetapi juga perasaan teruja dan terus “klik” saat pertama kali melihat sesuatu yang diminati, sama ada kereta impian, rumah idaman atau apa sahaja yang menyentuh hati.

Menurut Syamel, lagu ini meraikan momen spontan yang sukar dijelaskan, tetapi cukup kuat untuk mencetuskan rasa bahagia dan harapan. “Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu, terus
ada satu perasaan yang susah nak diterangkan, tapi hati kita terus klik. Itulah rasa yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini.”

Melengkapkan naratif lagu ini, video muzik rasmi PERTAMA tampil dengan konsep sinematik yang unik, mengisahkan pertemuan ringkas antara dua orang asing yang berkembang menjadi kisah cinta sempurna sebelum penonton akhirnya menyedari semuanya hanyalah imaginasi yang tercipta dalam sekelip mata.

Konsep ini menggambarkan bagaimana satu detik singkat mampu terasa begitu besar apabila perasaan hadir terlalu kuat. Ia menyerlahkan sisi manis, lucu dan penuh fantasi tentang bagaimana seseorang boleh jatuh cinta pada pandangan pertama. Video muzik ini turut menampilkan kolaborasi bersama KOL tempatan Aya Amiruddin (@freakayaisfreak) dan Sharmaine Alexander (@sharmainealexxander), yang membawa elemen segar serta karisma tersendiri dalam penceritaan visual tersebut.

Dari sudut produksi, “PERTAMA” memperlihatkan transformasi berani Syamel. Jika sebelum ini beliau sinonim dengan lagu-lagu balada dan emosional, kali ini Syamel hadir dengan gaya nyanyian lebih santai, berani dan penuh attitude. Gabungan bunyi moden bersama elemen
vintage menjadikan lagu ini unik serta berbeza daripada karya-karyanya terdahulu.


Kerjasama bersama Edry Abdul Halim turut memberi dimensi baharu kepada persembahan vokalnya. “Edry banyak tekankan soal feel dan attitude untuk lagu ini. Dia mahu saya tampil dengan energi berbeza, dan itu yang menjadikan ‘PERTAMA’ sangat menarik untuk diterokai.”
Lebih istimewa, “PERTAMA” juga merupakan dedikasi khas buat para peminat setia Syamel yang sentiasa bersamanya sejak awal perjalanan seni. Mereka dianggap antara insan pertama yang percaya terhadap bakat dan perjuangannya.

“Mereka yang nampak saya sebelum orang
lain nampak. Jadi lagu ini saya tujukan buat mereka yang pertama dalam hati saya.”
Single ini juga menjadi simbolik kepada lembaran baharu dalam perjalanan muzik Syamel.
“PERTAMA” bukan sekadar judul lagu, tetapi titik mula kepada naratif dan evolusi seni yang bakal
dipersembahkan selepas ini.

“Ini adalah permulaan kepada satu perjalanan baharu. Akan ada
banyak cerita, emosi dan kejutan yang saya nak kongsi selepas ini.”
“PERTAMA” kini boleh mula didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 24 April 2026, manakala tarikh pelancaran muzik video rasmi akan diumumkan menerusi sosial mediaSyamel.

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading