PENYANYI dan pelakon Amira Othman berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya bersama aktor, Fattah Amin.

Menurut Amira, 33, usia kandungannya kini telah mencecah 30 minggu dan dijangka bersalin pada Jun depan.

“Alhamdulillah saya mengesahkan diri kini sedang hamil. Sekarang ini usia kandungan saya sudah mencecah 30 minggu.

“Insya-Allah saya dijangka akan bersalin pada Jun depan,” katanya kepada media yang sememangnya sudah dapat mengagak mengenai berita kehamilan isteri kepada Fattah Amin itu.

Belum Bersedia Kongsi Jantina

Meskipun teruja bakal menimang cahaya mata sulung, Amira memilih untuk tidak berkongsi jantina bayi buat masa ini dan akan mengumumkannya apabila tiba masanya kelak.

“Saya pun belum tahu mengenai jantina anak yang bakal lahir. Saya tidak kisah, asalkan bayi dalam kadungan berada dalam keadan yang sihat,” ujarnya.

Amira turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan pertamanya ini.

Terus Bekerja Selagi Mampu

Mengulas mengenai perjalanan seninya ketika ini, Amira memaklumkan dia akan terus bekerja selagi mampu sebelum berehat panjang untuk menjalani tempoh berpantang.

“Selagi ada rezeki, saya akan terus bekerja. Saya akan berehat untuk pantang sahaja selepas ini,” katanya lagi.

Sementelah itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang bakal dikurniakan dalam mahligai perkahwinan yang dibina.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Kita ditanya mengenai jantina bayi, Fattah mempunyai jawapan tersendiri.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung Amira berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang sahaja baik-baik untuk kami,” ujarnya.

  • Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan penyanyi lagu Hati-Hati itu mula menjadi perhatian apabila penampilannya dikatakan jelas memperlihatkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini.
  • Bagaimanapun, Amira ketika itu belum mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan hanya meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatannya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Ikuti perkembangan gaya hidup dan selebriti di http://www.lifestylemediahub.com

One response to “Sah! Amira Othman Hamil. Kandungan Masuk 30 Minggu”

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading