Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu menemui noktahnya apabila mayat kanak-kanak tersebut ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.

Mayat Terapung

Menurut Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.

“Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).

Selain itu, pencarian kanak-kanak tersebut bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.

“Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus di Bandar Puncak Alam pada Selasa itu dipercayai bermain bola bersama rakannya sebelum pergi ke longkang berdekatan lokasi kejadian.

Mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

Menurut bapa mangsa, Khaizalullinordin Nordin, 45, dia sanggup mempertaruhkan nyawa meredah longkang sejauh lebih 100 meter demi mencari anak sulungnya yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian petang Selasa lalu.

“Ada longkang dekat kawasan itu yang menjadi tempat budak-budak bermain gelongsor, difahamkan mereka akan turun dan meluncur berulang kali di situ.

“Namun pada hari kejadian, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan air dari kawasan sekitar mengalir deras dan dipercayai terus menghanyutkan anak saya,” katanya.

Al Fatihah ..Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan hanya di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading