“Saya sudah menerima ketetntuan Illahi atas kejadian yang menimpa arwah meskipun kehilangan seorang anak.”- Ahmad Faeeez Khalid
Itu ungkapan bapa kepada Allahyarhamah Nur Aini Umairah yang reda dengan kejadian yang menimpa anaknya itu. Malah dia turut menitipkan kata-kata memaafkan pemandu van tersebut.
“Kepada pakcik (pemandu van) yang melanggar anak saya, tidak mengapa, saya sudah memaafkannya,” kata Ahmad Fareez Khalid, 39, bapa kepada Nur Aini Umairah, 8.
Maut Dilanggar Di Depan Sekolah
Arwah Nur Aini Umairah adalah murid Tahun Dua yang maut dilanggar di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu dijemput ibunya pulang.
Menurut Ahmad Fareez, dia sudah menerima ketentuan Ilahi atas kejadian itu sekali pun kehilangan salah seorang anak.

“Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada ketetapan, jadi kalau kita hendak menyalahkan seseorang pun tak boleh juga, …siapa nak bunuh orang?
Dia yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail berkata dia juga telah memaafkan pemandu van yang melanggar anaknya itu.
“Untuk pakcik melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya. Saya reda kerana setiap yang hidup ini sudah ada ketetapan dari Ilahi,” katanya ditemui ketika menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), semalam.
” Jangan salahkah pemandu van”
Berhenti Salahkan Pak Cik Van
Dalam pada itu, Ahmad Fareez meminta orang ramai agar tidak menyalahkan pemandu van terbabit kerana kejadian itu berlaku di luar jangkaan.
“Permintaan saya ialah janganlah marah pada pakcik itu. Kalau kami sebagai ibu bapa sudah reda, takkan nak marah dia lagi, …kasihanilah pakcik itu,” katanya.
Ditanya mengenai Nur Aini Umairah, Ahmad Fareez berkata, arwah anak yang baik dan sentiasa ceria sepanjang masa.

“Tapi apabila sampai satu tahap ini (kehilangan), ibu bapa pasti sedih. Kami ‘lepaskan’ Nur Aini Umairah dengan tenang, mudah-mudahan Allah SWT merahmatinya.

“Arwah gemar bersolek, kadang-kadang dia tengok YouTube dan dia tiru cara solekan. Kali terakhir arwah solek saya ketika kami membawanya berjalan-jalan ke Melaka minggu lalu.
“Itulah kali terakhir dan selepas ini, segala-galanya akan menjadi kenangan,” katanya yang cuba menahan sebak.
Al Fatihah
Sumber: https://www.bharian.com.my/ & https://www.hmetro.com.my/





Leave a Reply