Yuna melakar sejarah baharu apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mencecah 1 billion stream di platform muzik Spotify.

Menerusi perkongsian di laman Threads, Yuna berada di tempat pertama, kemudian diikuti dengan Fish Leong di tempat kedua (590M). Manakala, Datuk Sri Siti Nurhaliza pula di tempat ketiga (549M).

Pendengar muzik Yuna berasal daripada negara lain termasuk Chicago, Los Angeles, Mexico City dan Sao Paulo. Pencapaian tersebut jelas menjadi kebanggan rakyat Malaysia apatah lagi lebih tiga juta pendengar Yuna setiap bulan.

Susulan tularnya berita tersebut, rata-rata netizen di laman Threads turut memberikan komen positif terhadap pencapaian Yuna.

Yuna (Yunalis Mat Zara’ai) merupakan ikon muzik antarabangsa yang mengharumkan nama Malaysia, terkini menjadi artis Malaysia pertama mencapai 1 billion strim di Spotify.

Kejayaannya merangkumi tersenarai dalam top 10 R&B Billboard AS, pengiktirafan RIAA, serta kolaborasi bersama bintang global, membuktikan bakat dari Myspace ke persada dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap pelantun lagu Terukir di Bintang itu atas kejayaan tersebut.

Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading