ANAK kepada pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam sepatutnya menjadi antara peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Suasana pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bertukar hiba apabila anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam membuat penampilan istimewa di pentas tersebut.

Sorotan lensa kamera ke arah Amyza semasa anaknya mendendangkan lagu Ku Mohon dendangan Datuk Sheila Majid menambahkan rasa sebak dan sayu di kalangan penonton yang menyaksikan perjuangan ibu dan anak ini.

Menurut Adrian, dia bersyukur kerana dapat hadir ke pentas tersebut meskipun tidak berpeluang menjadi peserta program tersebut.

“Saya nak minta doakan saya dan terima kasih sebab sudi dengar nyanyian saya. Terima kasih doakan saya dan harap teruskan doa untuk saya dan ibu,” Adrian Adam.

Kredit: @F8Buzz

Sementara itu, juri tetap Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk AC Mizal memuji persembahan khas daripada anak pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.

Usai persembahan tersebut, rata-rata penonton di dalam dewan gagal menahan sebak melihat Adrian yang mendendangkan lagu berkenaan di atas kerusi roda.

Malah, persembahan yang penuh emosi itu turut menerima penghormatan berdiri (standing ovation) daripada seluruh seisi dewan termasuk barisan juri.

Jalani Rawatan

Sementara itu, Amyza berkongsi keadaan kesihatan terkini anaknya yang sedang menjalani rawatan di hospital.

“Sekarang ni dia sedang dapat rawatan. Seterusnya,  baru boleh tau tumor dia akan kekal atau tersebar,” ujar Amyza.

Sekadar info, Amyza pernah berkongsi berita sedih apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan ini.
 

Perkara tersebut mengulangi pengalaman pahit tahun lalu apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Semoga dipermudahkan urusan mereka dan mendapat kesembuhan atas berkat doa semua..

Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading