“Dia tetap tak nak lafaz cerai.” Itu luahan pelakon Linda Hashim mengenai situasi suaminya, Beego masih enggan melafazkan cerai terhadapnya pada prosiding perbicaraan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Menurut Linda, 41, perkara tersebut ditolak Beego atau nama penuhnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah ketika ditanya oleh Hakim Syarie, Nadia Khamis dalam prosiding semalam.

“Tadi sebenarnya ada soalan daripada hakim sama ada dia nak lafaz atau tidak hari ini.

“Namun, dia tetap tak nak beri kerjasama, dia enggan lafaz juga dan terus nak pertahan diri untuk proses seterusnya. Jadi, tidak mengapa dan tunggu saja.

“Dia tidak beritahu sebarang sebab tetapi memang cakap tak mahu lafaz hari ini dan mahu teruskan kes serta panjangkan lagi perbicaraan kes kami,” katanya.

“Saya Datang Mahkamah Tanda Hormat”-Beego

Sementara itu, Beego yang diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan pula memberitahu kehadirannya ke mahkamah hari ini adalah sebagai tanda hormat terhadap undang-undang syariah.

“Saya adalah pihak defendan dan memang akan ikut setiap peraturan ditetapkan mahkamah.

“Saya datang pun sebab kita kena ikut undang-undang, begitulah,” jelasnya.

Mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baharu bagi prosiding pengesahan lafaz taklik pasangan tersebut pada 18 Jun dan 9 Julai hadapan.

Tiada Persefahaman

Terdahulu, kemelut rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila isterinya, Linda memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 dan Linda juga membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak.

Linda bagaimanapun mendakwa dia dan Beego kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda berkahwin pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan berusia antara 12, 11, dan tujuh tahun. 

SEPINTAS LALU

Isteri boleh memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dan meneruskan prosiding melalui perintah mahkamah (seperti Fasakh, Tebus Talak, atau Hakam).

Prosedur khusus yang boleh diambil merangkumi langkah-langkah berikut:

1. Memfailkan Tuntutan Perceraian

Isteri perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dan memfailkan permohonan cerai bersesuaian dengan situasi:

  • Cerai Fasakh: Jika suami gagal memberi nafkah, berlaku penganiayaan (fizikal/emosi), atau tidak menjalankan tanggungjawab. Mahkamah akan membubarkan perkahwinan jika alasan ini terbukti.
  • Cerai Khuluk (Tebus Talak): Jika isteri mahu bercerai dan suami meletakkan syarat bayaran tertentu sebagai ganti untuk dia melafazkan talak.
  • Cerai Taklik: Jika suami melanggar syarat yang termaklaf di dalam taqliq semasa akad nikah (contohnya tidak memberi nafkah selama beberapa bulan berturut-turut), isteri boleh menuntut pengesahan cerai taklik di mahkamah. [1, 2]

2. Melalui Proses Jawatankuasa Pendamai

Untuk kes di mana suami enggan melafazkan cerai (shiqaq/perbalahan berpanjangan), mahkamah biasanya akan mengarahkan kes melalui proses Jawatankuasa Pendamai. Kedua-dua pihak akan dipanggil untuk sesi kaunseling bagi mencari jalan penyelesaian.

3. Pelantikan Hakam (Penimbangtara)

Sekiranya Jawatankuasa Pendamai gagal dan suami masih berdegil enggan melafazkan cerai, mahkamah boleh melantik wakil bagi pihak suami (Hakam). Melalui proses Hakam ini, Mahkamah Syariah melalui wakil yang dilantik mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak bagi pihak suami.

4. Jika Suami Sengaja Tidak Hadir ke Mahkamah

Sering berlaku kes di mana suami sengaja tidak hadir atau ponteng perbicaraan untuk melengahkan proses. Isteri tidak perlu risau atau berputus asa, kerana mahkamah boleh meneruskan prosiding dan membuat keputusan sebelah pihak (ex-parte) berdasarkan keterangan serta bukti yang dibawa oleh isteri.

Adalah dinasihatkan agar anda merujuk Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan borang dan panduan rasmi yang tepat mengikut negeri masing-masing.

Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Sumber: https://www.kosmo.com.my/ & https://www.bharian.com.my/

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading