“Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.”

Tak dapat membayangkan perasaan seorang bapa apabila menyaksikan anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.

Detik memilukan diceritakan Wah Tee Tun, 49 begitu meruntun perasaan. Rempuhan kuat sebuah kereta yang hilang kawalan menyebabkan sebatang tiang lampu patah sebelum melayang dan menembusi van dinaiki mereka dua beranak.

“Kesan rempuhan itu agak kuat menyebabkan sebatang tiang lampu patah dan melayang menjunam ke arah van kami lalu terkena tepat pada leher anak saya.

“Badannya tidak mengalami kecederaan lain,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.

Rempuhan Maut

Mangsa, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah Volkswagen Golf GTI.

Menurutnya, sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju sebelum terbabas, melanggar pembahagi jalan dan merempuh van mereka.

Anak Sulung Harapan Keluarga

Mendiang yang merupakan anak sulung daripada dua beradik difahamkan sedang menunggu keputusan permohonan menyambung pengajian dalam bidang automotif melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

“Keputusan UPU sepatutnya keluar dalam sehari dua lagi iaitu pada 22 Mei ini. Segala persiapan telah kami lakukan, namun kami reda perancangan untuk melihatnya menyambung pengajian tidak kesampaian,” katanya dalam nada sebak.

Han Keong dikatakan meminati bidang automotif dan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.

Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan anaknya sebagai seorang yang rajin, jujur dan sentiasa membantu keluarga dengan bekerja bersamanya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia tidak pernah membantah. Walaupun kadang-kadang saya berkasar atau memarahinya ketika bekerja, dia hanya tersenyum. Mendiang juga sangat rapat dan manja dengan ibunya,” katanya.

Meskipun masih bersedih dia atas kejadian yang menimpa anaknya itu, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang melalui peguam kerana insiden tersebut bukan berpunca daripada mereka dan turut mempunyai rakaman video kejadian.

Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan. – Sinar Harian

INFORMASI PENTING

  1. Kemalangan ngeri melibatkan sebuah van dan kereta berlaku di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu.

2. Insiden dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

3. Kereta tersebut merempuh tiang lampu JKR sehingga tumbang dan menembusi van yang dinaiki mangsa.

4. Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

5. Kejadian tragis ini memberi kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta masyarakat setempat.

6. Kemalangan tersebut menjadi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu.

7. Sikap mematuhi had laju dan memberi tumpuan penuh ketika berada di jalan raya amat penting bagi mengelakkan tragedi seumpama ini.

8. Aspek keselamatan infrastruktur jalan raya juga perlu diberi perhatian bagi mengurangkan risiko kecederaan serius apabila berlaku kemalangan.

Untuk informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading