Penyanyi dan komposer, Shila Amzah mengakui reda apabila disarankan doktor untuk tidak memiliki anak ketiga selepas disahkan sebagai pembawa talasemia.

Meskipun menyimpan hasrat untuk memiliki keluarga yang besar, namun memilih untuk menerima ketentuan itu dengan hati terbuka demi kesihatannya.
“Saya reda, saya okay sahaja. Dalam ekonomi sekarang, dua orang anak sudah mencukupi.
“Pada mulanya memang saya mengimpikan sebuah keluarga besar, tetapi dalam masa sama bila doktor dah cakap macam itu, kami terima.
“Mungkin Allah lebih mahu kami hanya memberi fokus pada Seth sahaja,” katanya memetik temubual bersama https://gempak.com/

“Saya Tahu Perkara Itu Ketika Hamil Seth Uwais”- Shila Amzah
Pelantun lagu Patah Seribu itu turut mendedahkan dia mengetahui dirinya pembawa talasemia ketika sedang hamil anak pertamanya, Seth Uwais.
“Selalunya ibu mengandung akan tengok bacaan hemoglobin. Saya pernah turun sampai bacaan enam, doktor pun pelik macam mana saya boleh berjalan.
“Doktor pun cadangkan saya buat pemeriksaan darah. Rupanya saya ada talasemia.
“Saya ialah pembawa talasemia, bermaksud saya tahu tentang hal ini sewaktu hamilkan Seth,” ujarnya.

Tak Saran Hamil Lagi
Mengulas lanjut, Shila berkata doktor tidak menyarankan dia memiliki anak ketiga kerana bimbang terhadap risiko keselamatan dirinya.
“Kenapa doktor kata tak boleh ada anak ketiga kerana kalau bersalin secara normal atau pembedahan, melahirkan anak ini banyak berlaku pertumpahan darah.
“Jadi, bila orang yang tak cukup darah macam saya, ia akan mengakibatkan risiko kepada ibu.
“Disebabkan itu doktor tak sarankan saya hamil anak ketiga, tambahan pula saya dah dua kali menjalani pembedahan kecemasan dan dua kali ditidurkan,” kongsinya.


Sebelum ini, Shila pernah mendedahkan dia menghidap talasemia disebabkan faktor genetik yang diwarisi daripada sebelah bapanya.
Sekadar info, Shila Amzah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh, Ubai pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, 2.
Shila juga memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Seth Uwais, 6.
Informasi Mengenai Talasemia:
- Talasemia ialah penyakit darah keturunan yang menyebabkan tubuh sukar menghasilkan hemoglobin secara normal.
2. Pembawa talasemia biasanya sihat dan tidak menunjukkan simptom yang serius, tetapi boleh mewariskan gen tersebut kepada anak.
3. Seseorang boleh menjadi pembawa talasemia tanpa menyedarinya kerana tanda-tandanya sangat ringan atau tiada langsung.
4. Antara simptom ringan pembawa talasemia ialah mudah letih, pucat atau kekurangan sel darah merah ringan (anemia ringan).
5. Talasemia tidak berjangkit kerana ia diwarisi melalui gen daripada ibu bapa.
6. Jika kedua-dua pasangan adalah pembawa talasemia, anak mereka mempunyai risiko mendapat talasemia major yang lebih serius.
7. Ujian darah dan saringan talasemia boleh membantu mengenal pasti sama ada seseorang ialah pembawa talasemia.
Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply