Industri kecantikan tempatan terus rancak berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama yang bukan sahaja menitikberatkan soal penampilan, malah memberi inspirasi kepada wanita untuk lebih yakin dengan diri sendiri.
Antara jenama yang semakin mencuri perhatian ialah Bartech Beautee yang tampil dengan pendekatan lebih dekat dengan keperluan wanita moden masa kini.

Menawarkan rangkaian produk yang praktikal, selamat dan berkualiti, Bartech Beautee dilihat semakin mendapat tempat di hati pengguna khususnya wanita yang mahukan rutin penjagaan diri lebih mudah tanpa mengabaikan aspek keberkesanan.
Pengasas dan Pengarah Bartech Empire, Nurul Adlinna Mohammad Bakri, berkata Bartech Beautee bukan sekadar jenama kecantikan biasa, tetapi turut membawa mesej tentang keyakinan diri dan gaya hidup positif untuk wanita.
“Wanita hari ini bukan sahaja mencari produk kecantikan yang berkesan, tetapi mereka juga mahu jenama yang memahami gaya hidup dan emosi mereka.

“Kami mahu setiap wanita rasa lebih yakin, selesa dan gembira apabila menjaga diri. Sebab itu setiap produk dihasilkan dengan penelitian rapi dari segi formulasi dan pemilihan bahan,” katanya.
Apa yang lebih menyentuh hati, inspirasi penubuhan Bartech Beautee sebenarnya tercetus daripada pengalaman peribadi melibatkan anak sulungnya. Selepas berpindah dari Kajang ke Rawang, anaknya pernah berdepan ejekan berkaitan warna kulit sehingga menyebabkan remaja itu menjadi pendiam dan kurang keyakinan diri.
Formulasi Pencerahan Kulit
Keadaan tersebut membuatkan anaknya mula mencari pelbagai produk kecantikan di media sosial demi mendapatkan kulit yang lebih cerah. Bimbang melihat perubahan emosi anaknya, Adlinna mengambil langkah bekerjasama dengan seorang ahli kimia bagi menghasilkan formulasi produk yang lebih selamat dan sesuai digunakan.
Menariknya, selepas diuji sendiri dan diberikan kepada anaknya, produk tersebut mula mendapat perhatian dalam kalangan pelajar serta guru di sekolah sebelum berkembang menjadi sebuah jenama kecantikan yang kini semakin dikenali ramai.

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2023, Bartech Beautee pantas meraih perhatian khususnya di platform TikTok menerusi pendekatan pemasaran digital yang lebih dekat dengan pengguna wanita muda.
Guna Sistem AI
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bartech Empire, Shaharuddin Karim, berkongsi bahawa Bartech Beautee bakal memperkenalkan sistem aplikasi “Bartech to AI” yang membolehkan pengguna mengimbas keadaan kulit wajah secara dalam talian menerusi laman web rasmi mereka.
“Sistem AI ini memudahkan pelanggan membuat imbasan kulit tanpa perlu hadir ke pusat kecantikan.
“Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, malah lebih fleksibel serta membantu pelanggan mendapatkan cadangan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Bartech Beautee turut bersedia melangkah lebih jauh apabila merancang menembusi pasaran Indonesia selain bakal menerima pensijilan halal JAKIM.
Kejayaan jenama itu turut diperakui apabila menerima pengiktirafan dalam Anugerah Bumiputera Bestbrands 2026 bagi kategori Consumer Cosmetics serta Anugerah The BrandLaureate Bumiputera BrandLeadership Award Beauty & Cosmetics 2026.
Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com




Leave a Reply