KARVA Travel & Tours Sdn. Bhd. secara rasmi dilancarkan di Malaysia, membawa pendekatan premium dan bimbingan secara langsung dalam perjalanan Umrah serta pelancongan mesra Muslim.
Bagi Dato’ Haji Aaron Aziz dan Datin Hajjah Diyana Halik, kepentingan ibadah Umrah dengan sokongan perubatan amat dekat di hati mereka.

Pengalaman menguruskan ahli keluarga terdekat yang menjalani rawatan Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD) membuka mata mereka tentang pentingnya persediaan rapi, koordinasi
perubatan yang kemas serta keyakinan tinggi apabila menjelajah atau beribadah dalam keadaan kesihatan yang memerlukan perhatian khusus.

Pengalaman peribadi tersebut secara tidak langsung memperkukuh keyakinan mereka terhadap komitmen Karva Travel dalam menyantuni jemaah yang memerlukan perhatian khusus, terutamanya warga emas dan penghidap penyakit kronik. Hal ini turut menyemarakkan visi bersama mereka untuk menawarkan perjalanan Umrah yang
inklusif dengan memastikan para jemaah dan keluarga dapat beribadah dengan penuh keyakinan, keselesaan serta ketenangan jiwa.


“Pada usia mencecah 50 tahun, saya semakin memahami perjalanan hidup adalah satu amanah. Saya mahu menggunakan platform dan pengalaman yang ada untuk membawa lebih banyak kebaikan, mendekatkan diri kepada nilai Islamik serta berkongsi dakwah dengan cara yang positif dan penuh keikhlasan.

Umrah Lebih Tenang

Melalui KARVA Travel, dia berharap dapat membantu lebih ramai jemaah menunaikan Umrah dengan rasa tenang, yakin dan dibimbing dengan baik.

“Insya-Allah, pakej Umrah pada 24 Jun hingga 4 Julai 2026 yang turut
dibuka kepada warga Singapura ini akan menjadi salah satu usaha memudahkan lebih ramai tetamu Allah menyahut panggilan suci ini. Kami bukan sekadar membawa jemaah melancong, tetapi mahu memastikan setiap perjalanan menjadi pengalaman spiritual yang bermakna dan mendekatkan diri kepada Allah.”


Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2022, KARVA Travel Group Pte. Ltd., yang diterajui oleh Haji Jai Wahab dan Hajjah Rozza Ramli, telah membina reputasi cemerlang dalam mengendalikan pengurusan perjalanan yang holistik.

Agensi ini amat dikenali dengan komitmennya terhadap layanan hospitaliti yang tinggi, pengurusan logistik yang tersusun, serta penyediaan penjagaan perubatan yang bersifat peribadi (personalized).

KARVA Travel turut
memantapkan kedudukannya melalui program ikonik seperti “First Umrah” dan “All Ladies Umrah by Ustazah Liyana Musfirah”, yang direka khusus untuk membimbing jemaah secara dekat dalam setiap fasa perjalanan spiritual mereka.

Pakar Umrah Pertama Anda
KARVA Travel komited dalam membantu jemaah yang bakal menunaikan Umrah buat pertama kali. Pendekatan
bimbingan secara langsung yang menjadi identiti utama syarikat ini menggabungkan pendidikan yang tersusun, sokongan emosi serta perancangan operasi yang teliti bagi memastikan setiap tetamu menikmati perjalanan spiritual yang tenang, yakin dan penuh makna.


Para jemaah akan menikmati:
● Kelas Manasik Umrah yang komprehensif sebelum berlepas serta bimbingan langkah demi langkah.
● Asatizah berpengalaman dan Pegawai Umrah yang prihatin. Hotel premium yang terletak dalam jarak berjalan kaki ke Haramain.
● Pasukan sokongan khas di Singapura, Malaysia, Arab Saudi serta rakan operasi tempatan yang
dipercayai.
● Ketua rombongan terlatih dalam bidang perubatan bagi memberikan keyakinan dan bantuan tambahan
kepada jemaah dari pelbagai peringkat usia.
● Penjagaan khas untuk jemaah warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, termasuk keperluan dialisis, bantuan mobiliti dan pertimbangan kesihatan lain.

Perintis Umrah Khas Wanita

Sejak empat tahun lalu, kerjasama antara Karva Travel dan Hayaa’ Network Pte. Ltd. bukan sekadar menganjurkan perjalanan Umrah khas untuk wanita. Program ini bukan sekadar pakej Umrah biasa, tetapi ia dirancang khas untuk menyediakan ruang ibadah yang selamat dan selesa bagi golongan wanita, sambil mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama mereka.

Keunikan program ini terletak pada gabungan bimbingan agama dan penjagaan emosi yang mantap. Ustazah Liyana Musfirah bertanggungjawab membimbing para jemaah tentang urusan ibadah dan hukum-hakam wanita secara dekat dengan penuh kelembutan, ilmu dan kasih sayang.
Pada masa sama, pengisian ini diperkukuhkan lagi oleh Maimunah Mosli, seorang psikoterapi dan pengasas Hayaa’ Network, yang membantu menjaga kesihatan mental dan emosi jemaah. Beliau menyediakan ruang untuk para wanita menenangkan fikiran, berkongsi rasa dan saling menyokong, sekali gus membuatkan setiap jemaah
berasa dihargai, selamat dan tenang sepanjang perjalanan spiritual mereka.
Seiring dengan perkembangan kerjasama ini, lebih banyak pengalaman perjalanan yang berteraskan nilai sosial dan diurus secara profesional sedang dibangunkan di bawah Revival of Faith, meneruskan komitmen bersama terhadap maruah, spiritualiti, persahabatan dan kesinambungan penjagaan dalam dunia yang sentiasa berubah.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading