Laungan “Duriankimchi” menjadi satu kebanggaan dua negara yang bukan saja menyatukan dua insan, malah budaya, makanan dan pakaian.Saat penuh membanggakan apabila pasangan suami isteri, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam Younarae diumumkan sebagai duta K-Halal Food Asia baru-baru ini.

“Jutaan terima kasih @kfoodatmy merealisasikan impian ini, tanggungjawab ini sungguh besar untuk kami galas, tidak akan kami sia-siakan penghargaan ini.
Dari Dapur Kecil ke Pentas Antarabangsa: Duriankimchi Kini Duta K-Halal Food Asia
Perjalanan luar biasa pasangan pencipta kandungan terkenal, Maryam You Narae dan suaminya Rizal atau lebih dikenali sebagai DurianKimchi, membuktikan bahawa impian besar mampu bermula dari ruang yang paling sederhana.
“Semuanya bermula dengan sebuah vlog ‘Lapar’ di dapur kecil rumah kami dan kini siapa sangka ke pentas antarabangsa.”
Itulah luahan penuh emosi yang dikongsikan DurianKimchi selepas diumumkan sebagai satu-satunya Duta K-Halal Food di Asia, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan Korea Selatan di mata dunia.
Siapa sangka, kandungan santai yang pada awalnya memaparkan kehidupan seharian, makanan halal Korea serta telatah keluarga kecil mereka kini berkembang menjadi platform yang menyatukan dua budaya berbeza.

Dari video masakan ringkas hinggalah perkongsian pengalaman hidup sebagai keluarga Korea-Malaysia, DurianKimchi berjaya menambat hati jutaan pengikut dari pelbagai negara.
Lebih membanggakan, laungan “DurianKimchi” kini bukan sekadar nama jenama digital, tetapi simbol perpaduan budaya, makanan dan gaya hidup dua negara. Mereka bukan sahaja memperkenalkan makanan halal Korea kepada rakyat Malaysia, malah turut membawa identiti Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi kandungan yang dekat di hati masyarakat.
Dalam perkongsian mereka, pasangan ini turut menzahirkan penghargaan kepada Korean Agro-Fisheries & Food Trade Corporation Malaysia atau lebih dikenali sebagai K-Food Malaysia kerana merealisasikan impian tersebut.

“Tanggungjawab ini sungguh besar untuk kami galas dan tidak akan kami sia-siakan penghargaan ini,” ujar mereka penuh syukur.
Pelantikan itu bukan sahaja menjadi pengiktirafan terhadap pengaruh positif DurianKimchi dalam mempromosikan makanan halal Korea, tetapi juga membuka ruang lebih luas untuk memperkenalkan budaya Asia kepada dunia melalui pendekatan moden dan mesra keluarga.
Kejayaan DurianKimchi turut menjadi inspirasi kepada ramai wanita dan keluarga muda bahawa media sosial bukan sekadar platform hiburan, tetapi mampu menjadi jambatan budaya serta membuka peluang hingga ke pentas global.
Daripada sebuah dapur kecil, kini nama DurianKimchi bergema di persada antarabangsa — satu bukti bahawa keikhlasan berkongsi cerita mampu membawa seseorang melangkah jauh melebihi apa yang pernah diimpikan.
Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply