Wanita dan kesibukan memenuhi jadual kerja dan urusan rumah tangga sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ia adalah rutin harian yang menuntut tenaga, masa dan menjadi sebahagian rutin wanita moden masa kini.

Namun disebalik kesibukan tersebut, tidak salah sekiranya wanita ambil masa seketika untuk melihat kehidupan dari sisi berbeza untuk mengembalikan kesegaran dalam menempuhi kehidupan seharian.

Antara cara terbaik adalah memandu dalam keadaan tenang sambil menikmati persekitaran yang menghijau dan lari seketika dari kesibukan ibukota.

Ya, itulah yang penulis nikmati ketika mengikuti perjalanan Proton e.MAS, jenama EV No.1 di Malaysia yang membawakan  edisi kedua “The Real e.MAS Drive”, sebuah pemanduan EV oleh wanita baru-baru ini. 

Memasuki tahun kedua penganjurannya, peserta wanita berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS7PHEV, dengan fokus kepada kegunaan harian, pemanduan yang lancar serta kemudahan pengecasan. 

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Binti Mohd Yusoff, penganjuran semula The Real e.MAS Drive mencerminkan bagaimana perjalanan Proton e.MAS bersama pemandu wanita terus berkembang.

“Kami melihat minat yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik dalam kalangan wanita Malaysia, didorong oleh keperluan mobiliti  yang praktikal, mudah diakses dan mudah digunakan.

” Dengan ‘Zoom to Bloom’, kami ingin mewujudkan pengalaman yang bukan sahaja mempamerkan kenderaan kami, tetapi juga menggalakkan wanita ‘Real e.MAS’ kami untuk meluangkan masa berehat dan mengutamakan kesihatan diri mereka,” ujarnya lagi.

Peserta wanita berpeluang merasai pengalaman memandu Proton e.MAS7 dan Proton e.MAS 7 PHEV dengan fokus kepada penggunaan harian, pemanduan yang lancar serta kemudahan pengecasan.

Demonstrasi pengecasan pantas secara langsung turut menunjukkan betapa mudahnya pengecasan singkat disesuaikan dalam rutin harian,sekali gus mengukuhkan kepraktisan pemilikan EV untuk gaya hidup bandar.

Bagi 1st timer, mengangkat nozel pengecasan itu mungkin agak berat, tetapi lama-kelamaan, bila sudah biasa, ia tidaklah menjadi sebarang halangan. Malah, boleh jadi sebahagian work out harian wanita!

 “Zoom to Bloom”

Sambutan positif daripada edisi sulung tahun lalu, edisi kedua kini  kembali  sempena Bulan Kesihatan Wanita dengan tema “Zoom to Bloom”yang menekankan kepentingan berehat dan pemulihan. 

Bertempat di Sentosa Janda Baik, program ini menggabungkan pengalaman, kesihatan dan kreativiti setiap peserta dalam menggubah bunga.

Para peserta wanita teruja sebelum memulakan pemanduan santai ke Janda Baik

Pemanduan ini bermula di Proton Centre of Excellence (COE), di mana para peserta wanita memulakan perjalanan melalui laluan pemanduan  indah dengan beberapa hentian terpilih yang menggambarkan penggunaan EV dalam situasi sebenar, dalam suasana santai dan berasaskan gaya hidup.

Sepanjang perjalanan, macam-macam ragam pemandu wanita yang dapat diperhatikan terutamanya buat pemanduan yang pertama kali memandu kenderaan EV ini.

Perlu Tahu Sebelum Pandu EV

Kenderaan EV bergerak hampir tanpa bunyi enjin serta pertukaran gear yang kasar. Ia memberi pengalaman pemanduan lebih tenang terutama ketika menghadapi kesesakan jalan raya atau memandu jauh.

EV mempunyai kuasa tork segera. Apabila menekan pedal minyak, kereta terus bergerak dengan lebih responsif berbanding kebanyakan kereta ICE. Ini membantu ketika memotong atau keluar simpang dengan lebih yakin untuk wanita!

Model e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV, menawarkan fleksibiliti hibrid  lebih baik untuk keyakinan jarak pemanduan yang lebih jauh, mencerminkan kedudukan  PRO NET dalam menjadikan EV sebagai penyelesaian mobiliti yang mampu milik dan praktikal untuk kegunaan harian, bukan sekadar produk premium.

Kedua-dua model ini menekankan kos penggunaan dan penyelenggaraan yang rendah, pengurusan sumber teknologi mesra pengguna yang direka untuk pengguna EV kali pertama dan pemandu yang berkeluarga.

Setibanya di Sentosa Janda Baik, para peserta wanita berpeluang menyertai bengkel gubahan bunga interaktif berasaskan teknik ikebana moden.

Para peserta wanita menyertai bengkel gubahan bunga interaktif berasaskan teknik ikebana moden. Sesi ini merangkumi tunjuk ajar dan aktiviti gubahan bunga secara langsung, memberikan ruang kepada  mereka untuk menunjukkan kreativiti dan ketenangan, selaras dengan fokus Bulan Kesihatan Wanita yang menekankan kepentingan berehat dan penjagaan kesihatan mental.

Para peserta turut dipamerkan Proton e.MAS 5 warna Jade Green yang baharu sahaja dilancarkan,yang mendapat sambutan hangat  dalam kalangan pemandu wanita kerana warnanya yang lembut dan  berteraskan gaya hidup.

Warna luarannya yang mengingatkan kepada trend “matcha” yang semakin popular turut memberi sentuhan segar dan rasa muda, seiring dengan gaya mobiliti harian yang lebih santai dan moden.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana EV mampu menawarkan fungsi vehicle to load untuk aktiviti camping dan gaya hidup outdoor. Bagi peminat ‘glamorous camping’, fungsi V2L membolehkan penggunaan lampu dekorasi, mini cooker dan pelbagai aksesori moden dengan lebih praktikal.

Fungsi V2L membolehkan EV membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan luar seperti lampu, kipas, dapur elektrik, projector mahupun mesin kopi ketika berkhemah.

Sekaligus wanita dan keluarga boleh menikmati suasana camping dengan lebih selesa kerana masih boleh menggunakan peralatan asas tanpa perlu bergantung kepada generator besar!

Sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur, penulis turut menerima hadiah lucky draw berdasarkan video mengenai perjalanan ‘percutian singkat’ ini dan bertuah memenangi hadiah sumbangan penaja!Terima kasih daun keladi!

Sesuai Untuk Wanita!

Bermula pada harga serendah RM99,800* (selepas rebat Welcome Benefit sebanyak RM4,000),Proton e.MAS 7 menawarkan akses yang lebih mudah kepada mobiliti elektrik pada semua variannya, dengan  gabungan nilai serta pelbagai ciri premium yang ditawarkan.

Keseluruhan Proton e.MAS 7 menampilkan ciri utama seperti paparan infotainmen 15.4 inci beresolusi 2.5K, ciri keselamatan ADAS Tahap 2 bagi meningkatkan keyakinan ketika memandu, serta keupayaan pengecasan pantas DC 100kW yang membolehkan pengecasan daripada 30% hingga 80% dalam hanya 20 minit menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Bagi pemandu yang masih beralih ke mobiliti elektrik, Proton e.MAS 7 PHEV Prime yang ditawarkan pada harga RM105,800 (selepas Rebat Welcome Benefit sebanyak RM4,000) hadir sebagai pilihan yang pratktikal. Ia memberi keutamaan kepada pemanduan berasaskan elektrik untuk kegunaan harian di bandar, sambil menawarkan fleksibiliti penggunaan petrol bagi perjalanan jarak jauh dengan pemanduan keseluruhan melebihi  1,000km. 

Seiring dengan jumlah pelanggan Proton e.MAS yang kini melebihi 20,000 kenderaan di jalan raya dalam tempoh lebih setahun sejak pelancaran model pertamanya, PRO-NET terus memperkukuhkan rangkaian sokongan di seluruh negara menerusi pengembangan rangkaian pengedar, peningkatan keupayaan perkhidmatan selepas jualan serta akses yang lebih meluas kepada infrastruktur pengecasan, bagi  memastikan pelanggan menerima sokongan yang berterusan  sepanjang  pengalaman pemilikan mereka. 

Untuk informasi gaya hidup dan hiburan, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending