Suasana sebak menyelubungi majlis pengkebumian jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang terkorban dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, sebentar tadi.

Jenazah Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, dan isterinya, Nor Azlina Abd. Latif, 33, ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73, dan anak saudaranya, Nur Airish Syifa Sidek, 10, selamat dikebumikan pada pukul 10.40 pagi.

Terdahulu, keempat-empat jenazah yang dibawa pulang dari Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kota Tinggi, Johor tiba di Masjid Sultan Mahmud, Al Muktafi Billah Shah, di sini pada pukul 8.35 pagi.

Imam Maliki Saidi yang mengimamkan solat jenazah yang disertai lebih 100 jemaah itu dilihat sebak ketika memulakan solat tersebut.

Suasana di tanah perkuburan yang dihadiri lebih 200 kenalan dan ahli keluarga juga bertambah pilu apabila ahli keluarga mangsa masing-masing dilihat tidak dapat menahan sebak dan sedih dengan kehilangan insan kesayangan mereka.

‘Anak bawa 5 helai baju saya ke Johor, tak akan lupa ucapan terakhirnya ‘selamat tinggal Umi…’ – Ibu mangsa

“Dia bersalam dan mencium pipi saya beberapa kali sambil tersenyum. Dia kata ‘selamat tinggal Umi’.

Itulah perbuatan dan ucapan terakhirnya sebelum pergi ke Johor dengan membawa lima helai baju saya untuk dipakai di sana,” kata Nurul Ain Mohd Rashid, 38, selepas mengetahui anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Renggam-Simpang Renggam depan Penjara Simpang Renggam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, anaknya, Nur Airish Syifa Sidek, 10, bapa saudaranya, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, dan isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33, serta ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, turut maut dalam kemalangan itu.

“Abangnya, Amirul Syafiq, 15, hendak mengikut sama, namun saya melarang kerana saya mahu Amirul Syafiq menemani saya di rumah. Jika tidak, mungkin saya kehilangan dua orang anak sekaligus”.

Mesej menerusi WhatsApp hanya menulis ‘Umi’

Nurul Ain berkata, kali terakhir Nur Airish Syifa menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya dengan hanya menulis ‘Umi’ ketika dia berada di kedai nenek saudaranya di Umbai, Melaka.

“Bila saya tanya adakah sedang makan, dia tak membalasnya sehinggalah saya dimaklumkan anak kemalangan kira-kira jam 1.30 tengah hari,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut dengan berita itu kemudian bersama suaminya, Sidek Abd Hamid, 42, bertolak ke Hospital Ence’ Besar Hajah Kalsom, Kluang dan tiba kira-kira jam 11 malam.

“Saya sedih melihat semua mangsa maut dalam kemalangan itu. Selain anak saya, adik dan adik ipar sangat baik termasuk Semek yang dianggap seperti ibu sendiri,” katanya.

Nur Airish Syifa Gembira Ibu Hamil

Sementara itu, Nurul Ain berkata, Nur Airish Syifa sangat gembira selepas mengetahui ibunya itu hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada November ini.

“Bila tahu saya mengandung, Nur Airish Syifa meminta saya tidak membeli pakaian adiknya itu dulu kerana dia sendiri mahu memilih pakaian terbabit.

“Jadi, ketika mengunjungi pasar raya beberapa hari lalu bersama suami, saya tidak membeli pakaian bayi kerana teringat pesannya itu,” katanya.

Al Fatihah.

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading