“Gugur jantung kami melihat anak sendiri tidak sedarkan diri selepas jatuh katil.”

Demikian kongsi pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim, 34, mengenai detik cemas yang menimpa anak kedua mereka, Rian menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurut Ryzal, sejurus selepas terjatuh, anaknya menangis dengan kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dan menutup mata seolah-olah sedang tidur.

Melihat keadaan Rian yang langsung tiada respons, dia dan isteri, Maryam You Narae, 33, segera bergegas membawa anak mereka ke bahagian kecemasan di sebuah hospital.

“Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke emergency (unit kecemasan) tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya!

“Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.

“(Saya) berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah S.W.T. supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa syukur apabila Rian mula membuka matanya sebaik sahaja mereka tiba di pintu hospital.

“Sampai di pintu hospital, Rian mula buka mata dan kami terus minta doktor buat CT scan (imbasan CT),” tulisnya lagi.

Hantaran itu juga disertakan dengan video merakamkan Maryam yang kelihatan panik sambil menepuk-nepuk Rian untuk memastikan anaknya dalam keadaan sedar.

Bagaimanapun, setakat ini, Ryzal belum lagi memberikan perkembangan terkini mengenai Rian selepas dibawa berjumpa doktor.

Sementara itu, ruangan komen Lifestylemediahub.com dipenuhi kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan Rian pulih seperti sedia kala.

Malah ramai yang memberi teguran supaya Ryzal tidak memandu sambil merakamkan situasi tersebut kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika tersalah langkah.

Apapun, semoga kesihatan Rian kembali pulih seperti sedia kala dan diharap ibu bapa mengambil iktibar meletakkan anak tidur di atas katil memerlukan pengawasan yang tinggi.

Layari berita hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading