Kesihatan yang baik bukan hanya bergantung kepada kecergasan fizikal semata-mata, sebaliknya memerlukan keseimbangan antara tubuh, emosi dan kesejahteraan dalaman.

Atas kesedaran itu, program Pure Reset Malaysia yang menampilkan pengasas Tanya Samui Holistic Health Retreat dari Koh Samui, Thailand, Khun Kob, menganjurkan program kesedaran akan kepentingan penjagaan kesihatan secara holistik dalam menghadapi cabaran gaya hidup moden, serta pendekatan mengenai detoks, kesihatan holistik dan keseimbangan hidup.

Perspektif Baharu

Penerbit THE PAGE, Darren Teoh berkata, ramai individu hari ini beranggapan mereka berada dalam keadaan sihat, sedangkan tekanan hidup, pemakanan yang tidak teratur dan rutin harian yang sibuk memberi kesan secara perlahan kepada kesihatan tubuh.

Menurut beliau, pengalaman menyertai program detoks selama lapan hari di Thailand pada April lalu membuka perspektif baharu mengenai maksud sebenar kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Detoks bukan sekadar menjaga pemakanan, tetapi melibatkan perubahan gaya hidup, emosi dan cara kita memahami tubuh sendiri.

“Ada kalanya apa yang perlu dilepaskan bukan hanya toksin dalam badan, tetapi juga tekanan dan emosi negatif yang telah lama dipendam,” katanya.

Beliau berkata, sebagai platform media yang memberi tumpuan kepada dunia perniagaan dan jenama, THE PAGE turut berhasrat memainkan peranan dalam membawa mesej positif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya, program Pure Reset Malaysia diharap dapat membantu orang ramai memahami hubungan rapat antara kesihatan fizikal, emosi dan gaya hidup yang diamalkan setiap hari.

Franky See – Pengasas dan Pengerusi Persatuan Kasih Sejati

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Persatuan Kasih Sejati, Franky See berkata, beliau sendiri antara individu yang pernah mengikuti program detoks kendalian Khun Kob dan merasai manfaatnya.

Menurut beliau, walaupun telah mengenali Khun Kob sejak lebih 10 tahun lalu, hanya beberapa tahun kebelakangan ini beliau benar-benar memahami nilai serta pendekatan yang dibawa oleh pengamal kesihatan holistik tersebut.

Khun Kob

“Saya masih ingat apabila beliau bertanya mengapa selepas lebih sedekad mengenalinya, saya baru datang ke pusatnya.

“Jawapan beliau cukup ringkas, iaitu apabila tiba waktunya, semuanya akan berlaku secara semula jadi. Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada saya,” katanya.

Franky berkata, pengalaman tersebut mendorongnya berkongsi manfaat program berkenaan dengan rakan-rakan dan ramai yang memberikan maklum balas positif selepas mencubanya.

Menurut beliau, apa yang paling menyentuh hati bukan sekadar rawatan yang diberikan, tetapi keikhlasan serta semangat Khun Kob dalam membantu orang ramai meningkatkan kualiti hidup mereka.

Beliau berharap program seperti Pure Reset Malaysia dapat membuka ruang kepada lebih ramai rakyat negara ini untuk mengenali pendekatan kesihatan holistik dan seterusnya mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang.

“Kesihatan adalah aset paling berharga. Kesedaran untuk memahami tubuh badan sendiri dan menjaga keseimbangan hidup perlu dipupuk sejak awal agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 1 hingga 2 Jun di Komune Living & Wellness, Bandar Tun Razak di sini, turut mendapat sokongan Persatuan Kasih Sejati sebagai badan penerima manfaat.

Informasi hiburan dan gaya hidup, layari http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading