Pelakon dan pengacara, Izzue Islam dilihat terharu apabila isterinya, Awin Nurin menghadiahkannya sebuah kereta mewah sempena ulang tahun kelahirannya, kelmarin.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Izzue berkongsi momen ketika dirinya diraikan dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri kenalan rapat di sebuah kafe.

Difahamkan, majlis hari lahir penyanyi itu turut diraikan bersama ulang tahun perkahwinannya yang ke-13 bersama isteri tercinta.

Menerusi hantaran lain, Izzue dilihat terkejut apabila kereta idamannya, Nissan GT-R R35 tiba di hadapan kafe tersebut bersama sebuah lori yang memaparkan ucapan ulang tahun kelahiran buatnya.
“Selamat ulang tahun kelahiran, Izzue Islam. Tahniah, kereta baharu anda telah sampai,” tulisnya.
Izzue dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan sebak sebaik melihat ‘isi’ trak berkenaan yang turut dihiasi riben serta belon.

Dalam video yang dimuat naik, bekas penyanyi Forteen itu dan isteri berpakaian sedondon biru putih merakamkan momen manis di hadapan kenderaan berkenaan.
Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Happy 13th Anniversary!
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply