Kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Proton X50 dinaiki keluarga yang terbabit kemalangan maut di sini hari ini dikatakan baru sahaja dibeli hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, kenderaan itu dikatakan baru diambil di sebuah pusat jualan di Juru, Pulau Pinang sekitar jam 11 pagi tadi sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini menyebabkan enam maut dan seorang lagi cedera.

Selain pemandu kenderaan, Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 27, turut maut adiknya, Ahmad Fahim, 21; Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; serta seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan bayi berusia enam bulan.

Seorang lagi penumpang iaitu kanak-kanak berusia tiga tahun parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat enam mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Menurut ahli keluarga, Proton X50 yang dinaiki tujuh sekeluarga itu milik Ahmad Fahim yang juga anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang dan difahamkan semua mangsa sempat meluangkan masa mencuba kenderaan itu dalam perjalanan ke Merbok untuk menziarahi kubur arwah bapa mangsa.

Bapa kepada salah seorang mangsa, Ibrahim Ghazali yang juga abang ipar Ahmad Fahim berkata, anak keduanya yang berusia tujuh tahun turut serta pada saat akhir kerana sangat teruja menaiki kenderaan baru.

“Pagi ni mereka seronok sangat nak ambik kereta dan sempat ambil gambar kereta baharu keluar termasuk anak saya, dia nak naik kereta tu.

“Namun tak sangka semuanya berlaku sekelip mata, ” katanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Shah dijangka mengadakan sidang media berhubung kemalangan di Jabatan Forensik HSB.

Al Fatihah.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading