Walaupun fizikalnya kini sudah mula berasa cepat penat dan mengah di fasa akhir kehamilan, penyanyi Amira Othman tetap ligat menguruskan empayar perniagaannya demi mencari rezeki.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin ini membuktikan statusnya sebagai ‘mak buyung’ bukan alasan untuk bermalas-malasan, malah dia kelihatan sangat bahagia dapat meluangkan masa mempromosikan jenama kosmetik miliknya.

“Kalau duduk rumah, lagi mak buyung bosan sebab tidak kerja,” seloroh Amira menerusi satu hantaran santai di akaun media sosial miliknya.


Hantaran pada Ahad itu bagi menjelaskan penampilannya yang masih aktif menghadiri majlis dan membuat sesi siaran langsung (live).

Amira sempat menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas sokongan luar biasa orang ramai terhadap produk maskara dan penggaris mata (eyeliner) terbaharu di bawah jenama emierabyamira.

Sibuk berniaga, usahawan selebriti ini turut mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan para pengikutnya terutamanya golongan ibu di media sosial miliknya.

Amira meminta pandangan dan tip berguna daripada mereka yang berpengalaman tentang persediaan serta cara untuk mempermudahkan proses melahirkan anak tidak lama lagi.

Rata-rata peminat dan netizen kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh isteri kepada Fattah Amin ini.

Ramai peminat menitipkan kiriman doa agar urusan bersalin Amira dipermudahkan dan dia diberikan kesihatan yang baik bersama bayi yang bakal lahir kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen bukan sahaja kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh Amira, malah mereka turut berkongsi pelbagai petua bermanfaat buat bakal ibu ini.

Mengimbas semula detik gembira, Amira sebelum ini mengejutkan peminat apabila mengumumkan usia kandungan sulungnya sudah pun mencecah 30 minggu pada 30 April lalu. Pasangan selebriti popular ini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading