Empat sekeluarga maut termasuk seorang bayi apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi hari ini.

Selain bayi berusia setahun, Nayla Afya Aizat, tiga lagi mangsa yang maut dikenal pasti A Halim Hasoon, 55; Rozita Buang, 58 dan Norbahyah A Halim, 26.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu.

Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat sekeluarga itu dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik.

Malang Kereta Dihempap

Dalam pada itu, video dan foto yang tular di media sosial menunjukkan treler terbalik di pembahagi jalan, manakala kereta mangsa dihempap dan tersepit di bawah treler berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 4.35 petang sebelum lima anggota dikerahkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah Honda City dinaiki empat individu dan sebuah treler yang membawa habuk kayu.

“Semua empat penumpang Honda City berusia antara satu hingga 58 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu lori berusia 40 tahun mengalami kecederaan. Sebuah jengkaut digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta,” katanya melalui kenyataan.

Salahuddin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/06/1571879/kereta-dihempap-treler-terbalik-4-maut-termasuk-bayi-setahun & https://www.hmetro.com.my/utama/2026/06/1369963/bayi-antara-empat-maut-treler-hempap-kereta-di-lebuhraya-karak

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading