Bila menyebut tentang Kedai Emas Sri Semantan (KESS), ramai memperkatakan tentang kejayaan kedai emas tersebut membuka banyak cawangan bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap logam mulia yang berharga ini.

Mendengar permintaan pelanggan, Kedai Emas Seri Semantan membuka cawangan ke-16 di Bandar Baru Bagi semalam.

Menariknya, sempena pembukaan premis terbaharu itu, KESS menawarkan potongan harga istimewa sebanyak RM20 bagi setiap gram emas untuk menghargai sokongan padu para pelanggan.

Menurut Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood, pemilihan Bangi sebagai lokasi terbaharu didorong oleh kepadatan penduduk yang semakin meningkat serta tahap kesedaran masyarakat setempat yang tinggi terhadap pelaburan emas.

Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood

“Cawangan Bangi bertindak sebagai hab strategik bagi menampung permintaan pelanggan setia dari luar kawasan seperti Melaka dan Seremban yang sebelum ini terpaksa bertandang ke cawangan di Shah Alam.

Kami melihat pasaran di Bangi amat berpotensi tinggi. Pembukaan cawangan ini adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang syarikat untuk mendekati pelanggan dan memudahkan urusan jual beli mereka”, Pengerusi KESS, Mohamad Hafizal Mahmood

Keunikan KESS

Apabila ditanya mengenai keunikan KESS, Mohamad Hafizal berkata setiap premis memfokuskan kepada penjualan 100 peratus emas preloved (emas terpakai) berkualiti tinggi selain turut menawarkan perkhidmatan belian semula (buy back)dan tukar beli (trade-in).

Tambah Mohamad Hafizal lagi, setiap cawangan KESS melibatkan nilai pelaburan antara RM3 juta hingga RM4 juta ini berjaya mencatatkan lonjakan pendapatan melebihi 60 peratus berdasarkan strategi pertumbuhan syarikat yang agresif.

“Dalam tempoh lima bulan lalu, KESS berjaya membuka lebih 15 cawangan baharu di seluruh negara.

Tambahnya lagi, KESS menyasarkan membuka cawangan ke 17 di Kemaman, Terengganu pada 27 Jun ini diikuti satu lagi cawangan di Sungai Petani, Kedah pada Julai ini. Selain itu, KESS meletakkan sasaran untuk memiliki antara 25 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Antara langkah pemasaran yang dijalankan oleh KESS adalah dengan memperkenalkan keahlian kepada para pelanggan dikenali sebagai Seri Semantan Privelege Club (SSPC) di mana keahlian terkini telah mencecah 180,000 ahli di mana mereka boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif termasuk potongan harga istimewa dan ganjaran emas percuma mengikut syarat dan terma yang ditetapkan.

Malah, pembukaan cawangan di Bangi turut diserikan dengan siri cabutan bertuah dan hadiah utama berupa sebuah kereta BMW untuk pelanggan yang bertuah.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading