Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes melibatkan pelajar jatuh bangunan di sekolah dan ada di antaranya menyebabkan kehilangan nyawa.
Hari ini, seorang pelajar lelaki tingkatan satu dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari bangunan dalam sebuah sekolah menengah, di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Menurut beliau, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.30 petang sebelum bergegas ke Jabatan Kecemasan HRPB.
“Pada pukul 4.30 petang, saya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Selepas selesai mesyuarat, saya terus ke HRPB untuk mendapatkan maklumat awal berhubung insiden yang berlaku pada tengah hari tadi,” katanya.
Khairudin berkata, beliau yang ditemani Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad turut berkesempatan bertemu ibu bapa pelajar terbabit di hospital. dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan bahawa pelajar itu kini mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah diarahkan untuk menyediakan laporan penuh berhubung kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sumber: https://www.kosmo.com.my/




Leave a Reply