Pelakon dan penyanyi, Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital, petang semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin menerusi satu hantaran di Instagramnya, pagi ini.
“Ahlan Wasahlan (Selamat Datang) Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan ‘baby’ kami jam 6.20 petang semalam,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Fattah turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Fattah dan Amira diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.
Nama Pilihan
Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman menimang cahaya mata lelaki sulung mereka yang diberi nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Nama indah ini dipilih dengan teliti kerana membawa maksud yang sangat mendalam buat zuriat dan legasi keluarga mereka.
Muhammad diambil sempena nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud terpuji. Jarir merupakan nama seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal, Jarir bin Abdullah al-Bajali RA. Dalam konteks zuriat, ia membawa perlambangan sebagai seorang yang memiliki keteguhan, kekuatan, dan penyayang. Manakala Umar diambil sempena keberkatan nama Saidina Umar Al-Khattab RA, tokoh Islam yang sinonim dengan sifat kepimpinan yang tegas, berani, adil, dan berkarisma.
Detik kelahiran permata hati mereka pada 6.20 petang itu disambut penuh kesyukuran dan didoakan agar beliau membesar menjadi anak yang soleh serta menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.
Tahniah!
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply