Alangkah bahagianya hidup seorang wanita apabila si suami membuktikan rasa cinta terhadap isteri tidak pernah pudar meskipun sudah sedekad hidup bersama!

Nampak klise, tetapi itulah yang dizahirkan oleh pelakon Hairul Azreen membuktikan bahawa rasa cintanya terhadap isteri, Hanis Zalikha, tidak pernah pudar, malah semakin utuh seiring perjalanan masa.

Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Instagram, Hairul mengimbau kembali detik-detik penting yang menyatukan mereka sebagai suami isteri sambil mengakui keputusan melamar permaisuri hatinya itu di atas pentas pada tahun 2015 merupakan antara perkara terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Tak sia-sia saya berusaha melamar dia di atas pentas pada 4 Januari 2015. Kami bertunang pada 21 Mac 2015 dan bernikah pada 5 Jun 2015,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan video memaparkan kehadiran sang isteri di Jakarta baru-baru ini bagi memberikan sokongan kepada suami kesayangannya itu yang menyertai acara kecergasan HYROX, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Mengimbau kembali perjalanan cinta mereka, Hairul berkata, dia masih mengingati saat Hanis hadir memberikan semangat ketika dirinya beraksi di pentas akhir Fear Factor pada tahun 2013.

“Saya masih teringat masa dia datang final Fear Factor pada 30 Mac 2013. I love you, baby. Very strong,” coretnya.

Ruangan komen pula dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif daripada warganet yang tersentuh melihat hubungan pasangan itu, malah ramai menyifatkan mereka sebagai contoh cinta sejati.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading