Setiap kali mencuci baju, pastinya ibu-ibu mahukan hasil cucian yang bersih, wangi dan segar sekaligus memberi kepuasan dalam setiap cucian yang dilakukan.

 Ramai yang tercari-cari produk pengurusan rumah yang bukan sahaja membersihkan, tetapi pada masa yang sama memudahkan urusan harian selain penjimatan yang memberi manfaat untuk perbelanjaan bulanan.

Menyedari keperluan yang semakin berubah itu, jenama tempatan Do’zee kini tampil memperkenalkan Royal Blue, sebuah pencuci pakaian dengan formulasi 6-dalam-1 yang turut dilengkapi pensijilan Halal daripada JAKIM.

Pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SR Asia Resources Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Syukri Ibrahim berkongsi bahawa penghasilan Royal Blue ini sebenarnya lahir daripada hasrat untuk memberikan sentuhan yang lebih menyeluruh kepada setiap isi rumah.

“Royal Blue lahir daripada visi kami untuk menghasilkan produk penjagaan pakaian yang bukan sekadar mencuci, tetapi memberikan pengalaman premium kepada setiap keluarga.

“Kami percaya produk berkualiti tinggi seharusnya boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di Puncak Alam baru-baru ini.

Langkah Do’zee ini juga dilihat selari dengan perubahan tabiat masyarakat sekarang yang lebih bijak menilai aspek praktikaliti.

Menerusi formula pelbagai fungsi, tugas membasuh baju tidak lagi terasa renyah dan amat membantu golongan yang sentiasa sibuk mengejar masa.

Menurut Mohd Syukri lagi, situasi harian pengguna hari ini yang mahukan sesuatu yang mudah, cepat dan berkesan menjadi pendorong utama inovasi tersebut.

“Sebab itu Royal Blue dibangunkan dengan formulasi 6-dalam-1 yang memberi penyelesaian lengkap dalam satu produk, termasuk aspek kebersihan, penjagaan fabrik, kesegaran dan haruman,” jelasnya lagi yang mahu setiap pengguna merasai sendiri keselesaan optimum.

Selain memfokuskan kepada kualiti basuhan, aspek keyakinan pengguna turut diberi perhatian serius menerusi pematuhan standard halal yang diiktiraf.

Bagi beliau, pengiktirafan ini bukan sekadar pelengkap portfolio produk, tetapi satu tanggungjawab moral sebuah jenama tempatan kepada masyarakat.

“Bagi Do’zee, halal bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi melambangkan keyakinan, kebersihan dan tanggungjawab kepada pengguna. Kami mahu setiap keluarga menggunakan produk kami dengan rasa yakin,” ujarnya.

Melalui pendekatan yang lebih santai dan dekat dengan hati masyarakat, Do’zee yang pernah merangkul Ikon Brand Award 2022 ini membuktikan bahawa produk lokal juga mampu memberikan kualiti yang setanding tanpa perlu membebankan perbelanjaan harian keluarga.

“Premium tidak semestinya bermaksud mahal. Misi Do’zee adalah membawa produk berkualiti tinggi yang boleh digunakan oleh lebih ramai keluarga Malaysia dengan keseimbangan antara inovasi, kualiti dan nilai terbaik,” katanya lagi.

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending