Wasabi Pop Awards 2026, antara platform yang bakal menyaksikan persaingan sengit dunia kulinari di mana ia bakal menampilkanm enam cef muda tempatan beretnap dalam pertandingan tersebut.

Pegawai Operasi Sendo Ichi Seafood, Aldred Yaw

Pertandingan anjuran pembekal makanan laut premium, Sendo Ichi Seafood ini bertujuan untuk mengetengahkan kemahiran teknikal, kreativiti serta pemahaman mendalam mengenai budaya masakan Jepun di kalangan profesional muda di Malaysia.

Menurut Pegawai Operasi Sendo Ichi Seafood, Aldred Yaw, platform ini bukan sekadar sebuah pertandingan kulinari, malah ia merupakan manifestasi komitmen syarikat untuk mengekalkan tradisi dan keaslian seni pembuatan sushi Jepun.

“Pengumuman ini menghimpunkan enam pengasas dan cef muda berbakat yang bakal memperkenalkan antara restoran Jepun terbaik di Malaysia. Kami mahu menginspirasikan penghargaan masyarakat terhadap masakan Jepun yang asli, di samping memberi peluang kepada cef muda menunjukkan bakat mereka,” katanya ketika sidang media baru-baru ini.

Bagi memastikan piawaian dan ketelusan pertandingan berada pada tahap terbaik, pihak penganjur turut mengumumkan pelantikan cef terkemuka daripada Sushi Hibiki, Sam Makoto Saito selaku ketua pengadil.

Sam Makoto Saito

Pelantikan Saito mendapat sokongan daripada Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) Jepun sekali gus membuktikan kredibiliti tinggi yang dibawa oleh pihak penganjur.

Mengulas mengenai pembekalan bahan mentah segar, Yaw menegaskan bahawa Sendo Ichi Seafood komited membawa masuk makanan laut premium dari seluruh Jepun bermula dari perairan subur Hokkaido di utara sehinggalah ke Fukuoka di selatan selain bekerjasama rapat dengan pasaran utama di Tokyo.

“Kami percaya pertandingan ini akan membantu melahirkan generasi profesional masakan Jepun yang seterusnya di Malaysia, sekali gus memperkukuh sektor gastronomi Jepun di negara ini,” jelasnya.

Acara pada petang tersebut turut diserikan dengan demonstrasi pembuatan sushi oleh Cef Terence Wong dari Kiseki Omakase.

Kemuncak Wasabi Pop Awards 2026 yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini akan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik, Nantikan informasi mengenai anugerah tersebut di http://www.lifestylemediahub.com tidak lama lagi.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending