Menunaikan ibadah umrah bukan sekadar bergantung kepada kemampuan harta, tetapi merupakan satu undangan istimewa daripada Allah SWT.

Tidak kira seseorang itu kaya atau miskin, terkenal atau insan biasa, apabila Allah menghendaki dan mengundang hamba-Nya menjadi tetamu di Tanah Suci, pasti akan terbuka jalannya dalam apa jua cara sekalipun.

Ada yang menabung bertahun-tahun, ada yang menerima rezeki yang tidak disangka-sangka, dan ada juga yang dipermudahkan melalui bantuan serta tajaan daripada insan yang berhati mulia.

Hakikatnya, setiap langkah menuju Baitullah adalah bukti kasih sayang dan izin Allah SWT, yang memilih hamba-Nya pada waktu yang paling tepat menurut hikmah-Nya.

Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) terus memperluaskan program umrah tajaan dengan membawa bekas-bekas atlet negara menunaikan ibadah umrah sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan jasa mereka mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Seramai 18 bekas atlet, yang juga merupakan ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), telah dipilih untuk menyertai program istimewa ini. Daripada jumlah tersebut, tujuh orang menerima tajaan penuh daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sokongan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

[08:50, 17/07/2026] Are You: Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, berkata pihaknya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menguruskan perjalanan umrah para bekas atlet yang telah banyak berbakti kepada negara.

“Alhamdulillah, kami amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh YAKEB, UiTM dan MAIS kepada ikhlas.com untuk membawa kumpulan jemaah istimewa ini menjadi tetamu Allah.

“Kami berharap inisiatif ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama bersama pelbagai organisasi agar lebih ramai insan yang layak dan berjasa, termasuk bekas atlet negara yang telah banyak berkorban demi Malaysia, dapat menunaikan impian mereka mengerjakan umrah.”-Ikhlas Kamarudin.


Pada 13 Julai lalu, kumpulan pertama yang terdiri daripada lima jemaah istimewa telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menuju ke Jeddah dan kini berada di Madinah.

Mereka ialah bekas atlet olahraga paralimpik negara Rahim Yusoff, bekas pemain tenis kerusi roda negara Azman Hasan, bekas atlet paralimpik Fatimah Daud, bekas pemain hoki negara Rohaya Razali, serta bekas pesilat negara Rosmadi Abdul Rahim. Baki peserta dijadualkan berlepas pada 26 Julai 2026.

“Impian Jadi Kenyataan”-Rahim Yusoff

Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, Rahim Yusoff menyifatkan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai impian seumur hidup yang akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya amat bersyukur kerana inilah peluang pertama saya menunaikan umrah. Sebaik sahaja dihubungi oleh ikhlas.com, saya terus membuat persiapan.

Saya percaya semuanya adalah rezeki dan rahmat daripada Allah SWT. Setiap insan diuji dengan cara yang berbeza. Ujian saya ialah kekurangan fizikal, namun kita perlu terus tabah dan bersabar kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya.”

Rahim pernah mewakili Malaysia dalam acara olahraga 100 meter, 200 meter, lompat tinggi dan lompat jauh sebelum bersara pada tahun 2003 selepas menyertai Sukan SEA di Hanoi, Vietnam. Selepas bersara, beliau meneruskan kehidupan sebagai tukang jahit, penternak lembu dan usahawan telur masin dari rumah.

Turut menyertai rombongan ialah Azman Hasan, antara perintis sukan tenis kerusi roda negara yang pernah menduduki ranking kesembilan dunia.

“Golongan orang kurang upaya tidak seharusnya hanya menunggu bantuan daripada masyarakat. Sebaliknya, mereka perlu berani melangkah ke hadapan, bersama-sama dalam masyarakat dan membuktikan kemampuan yang dimiliki.”

Sepanjang bergelar atlet, Azman telah mengharumkan nama Malaysia melalui pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa sebelum memperlahankan karier kompetitifnya pada tahun 2018.

Walaupun tidak lagi bersaing secara sepenuh masa, beliau terus menyumbang kepada pembangunan sukan negara dengan membimbing bakat-bakat baharu.

Kisah bekas-bekas atlet ini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui pingat dan kemenangan di gelanggang, tetapi juga melalui ketabahan menghadapi ujian, pengorbanan demi negara serta kecekalan memelihara keimanan kepada Allah SWT.

Orang ramai yang ingin bersama-sama berkongsi rezeki dan membantu meringankan beban jemaah asnaf yang terpilih untuk menunaikan umrah boleh menyumbang kepada Tabung Sedekah Umrah 1000 Asnaf melalui laman web rasmi ikhlas.com.

Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islamik di bawah Capital A yang menawarkan perkhidmatan umrah dan pelancongan mesra Muslim, di samping pelbagai solusi patuh syariah seperti zakat, qurban, aqiqah, sedekah dan fidyah.

Berteraskan nilai amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah dan memenuhi keperluan gaya hidup Muslim dengan lebih yakin dan selesa.

Alhamdulillah…

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading