RAJA Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz selamat menyambut keputeraan anakanda puteri pada 2.56 petang, Sabtu.

Memetik hantaran laman sosial, Raja Muda Selangor bertitah menitip kesyukuran atas kelahiran puteri baginda.

“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT, beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

“Tengku Alia Amira binti Tengku Amir Shah diputerakan pada 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah.

Gabungan nama Alia Amira membawa maksud yang sangat indah, iaitu “puteri yang berkedudukan tinggi dan mulia”. Nama ini berasal dari bahasa Arab dan merupakan gabungan dua perkataan yang membawa sifat-sifat positif.

Alia (عالية): Bermaksud tinggi, mulia, atau wanita yang memiliki kedudukan serta martabat yang tinggi.
Amira (أميرة): Bermaksud puteri, pemimpin, atau pemerintah wanita

Antara selebriti dan pemimpin yang turut menyampaikan ucapan tahniah diatas berita gembira ini termasuklah Biduanita Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Johan Ghazali dan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari.

Tahniah buat pasangan diraja. Semoga YM Tengku Alia Amira Binti Tengku Amir Shah membesar dalam rahmat, lindungan dan kasih sayang Allah SWT.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmedediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading