Naluri seorang ibu yang bimbang keselamatan anaknya selepas mendaftar masuk inap desa di sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini semalam menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu maut selepas terjatuh dari tingkat 13.

Kejadian meruntun jiwa telah mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Muazzah Aisyah Mubi, 7. Kejadian yang berlaku pada pukul 7 pagi itu menyentap keluarga tersebut ketika ahli keluarga termasuk ibunya sedang bersiap untuk mendaftar keluar dan mencari tempat penginapan baharu.

Ibu mangsa, Nor Azera Ismail, 36, dari Paser Puteh, Kelantan mendakwa, selepas mendaftar masuk inap desa itu semalam, dia mula risau apabila mendapati tingkap kediaman di tingkat 13 tersebut tidak dilengkapi jeriji.

“Saya bertolak dari Pasir Puteh, Kelantan selepas solat Jumaat dan tiba di inap desa kira-kira 9.30 malam. Sekitar 12 tengah malam tadi semasa nak tidur, dia dah cuba buka tingkap. Masa itu saya dah rasa tak sedap hati.

“Saya cari sesuatu untuk pastikan keselamatan dia, tetapi tak jumpa tali. Akhirnya saya jumpa reben pada bunga telur dan ikat tangan kami berdua supaya sedar kalau dia bangun atau merayau ke mana-mana,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Ketukan Jiran Maklumkan Jasad

Nor Azera berkata kepada pihak media, ketika bersiap untuk mendaftar keluar inap desa tersebut, dia sekeluarga dikejutkan dengan ketukan pintu daripada beberapa penghuni pangsapuri yang memaklumkan jasad Nur Muazzah Aisyah ditemukan di tingkat enam.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas kerana ketika bangun kira-kira 6 pagi tadi, anak ketiga daripada empat beradik itu masih tidur lena.

Mangsa ditemui di kawasan tempat letak kenderaan di tingkat enam pangsapuri berkenaan. – Gambar/ Sinar Harian

Cerita wanita itu, berderaunya darahnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana dia menyangka anak istimewanya masih tidur.

“Ada penghuni lain yang datang tanya sama ada anak perempuan saya yang jatuh. Saya terus bergegas masuk bilik untuk periksa dan bila jenguk ke luar tingkap, saya dapati dia sudah terbaring di kawasan parkir kereta di bawah.

“Saya terus panggil suami dan kami bergegas turun, hanya tuhan yang tahu betapa sedih dan hancurnya perasaan ini. Saya memang dah siap-siap kemas barang untuk keluar dari inap desa ini dan cari tempat lain, tinggal nak kejut anak bangun untuk keluar. Tak sangka jadi begini,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke Kelantan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh selepas selesai proses bedah siasat pada pukul 5 petang

Al Fatihah.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/ & https://www.astroawani.com/

Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading