Pelakon Datin Nelydia Senrose kini rasmi bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi lelaki.

Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai itu dikongsi sendiri suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abd. Hamid dengan memaklumkan dia menyaksikan detik terindah isterinya bergelar menjadi seorang ibu saat melahirkan cahaya mata sulung mereka ahad lalu.

“26 Julai 2026, saya menyaksikan wanita  paling kuat dan cantik yang pernah saya kenali.

“Melihat awak berjuang dengan kesakitan dan setiap cabaran demi melahirkan anak lelaki kita adalah satu kenangan yang akan saya simpan seumur hidup.

“Awak sangat berani kerana  semua itu bukan perkara mudah. Melihat awak bergelar seorang ibu adalah saat paling indah yang pernah saya saksikan,” katanya.

Dia juga menzahirkan penghargaan buat Nelydia kerana sudah berjuang sepanjang tempoh melahirkan bayi sulung mereka.

“Sayang, terima kasih atas setiap pengorbanan, air mata, kekuatan yang diberi dan setiap degupan jantung yang melahirkan anak lelaki kita dengan selamat.

“Awak bukan sahaja melahirkan tetapi juga telah menghadiahkan saya anugerah paling bermakna. Hari ini keluarga kecil lengkap.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang ayah yang paling bertuah. Saya berjanji akan menghabiskan sisa hidup saya untuk menyayangi, melindungi dan sentiasa berada di sisi awak dalam setiap kegembiraan mahu pun dugaan,”katanya lagi.

Hafez bagaimanapun tidak berkongsi nama anak sulung mereka.

Nelydia turut memuat naik status di Threads mengenai kegembiraan dan rasa syukur dirinya selamat bergelar ibu.

Terdahulu, Nelydia berkahwin dengan Mohd. Hafez yang juga ahli perniagaan pada 6 April 2019.

Sekian lama menanti, pada 7 April lalu, Nelydia berkongsi detik indah kehamilannya selepas tujuh tahun perkahwinan. Berkat kesabaran dan sokongan antara satu sama lain, pasangan ini melalui fasa setersunya bergelar ibu bapa kelmarin, Alhamdulillah. Tahniah!

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading