Di sebalik kehidupan sebagai figura yang dikenali ramai, Alif Satar lebih selesa memilih fasa kehidupan yang lebih matang, tenang dan penuh makna.

bergelar bapa kepada empat orang cahaya mata, Alif mengakui dirinya menggalas pelbagai tanggungjawab bukan sahaja untuk keluarga, malah sebagai selebriti.

“Saya memilih untuk menikmati setiap perjalanan yang dilalui dengan hati terbuka”-Alif Satar

“Alhamdulillah, dalam fasa hidup sekarang ini saya tak nak banyak rungutan. Apa yang datang saya terbuka dan ambil sahaja.

“Mungkin ini rezeki yang ALLAH beri. Saya masih lagi dalam dunia hiburan tetapi dalam sisi yang berbeza,” katanya memetik laporan https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Alif Satar muncul menyanyikan lagu tema bertajuk “Inikah Cinta” bersama kumpulannya, Alif Satar & The Locos, untuk filem komedi romantik Mojoku Hilang yang ditayangkan pada 23 Julai 2026 yang kini menerima reaksi positif di media sosial.

Kongsinya, filem tersebut menyaksikan kemunculan pertamanya sebagai cameo mendapat sambutan baik daripada penonton.

Menurutnya, peluang bekerjasama dengan barisan pelakon tempatan termasuk Mimi Lana serta pelakon dari Indonesia menjadi pengalaman yang cukup bermakna.

Ikon Subuh Macam Jumaat

Memenuhi jadual sebagai selebriti dan duta jenama, Alif turut menggunakan ruang terbaik itu untuk mendekati masyarakat menerusi inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat.

Gerakan yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu kini semakin berkembang apabila masjid-masjid di seluruh negara mula menganjurkannya secara kendiri.

Bagi Alif, usaha tersebut bukan untuk mencari perhatian, sebaliknya menjadi ruang untuk mengajak khususnya golongan muda mendekati masjid melalui aktiviti yang lebih santai dan positif.

“Saya rasa kalau bukan kerana dunia hiburan, mungkin saya tidak menjadi jambatan untuk membawa orang ramai kepada Geng Subuh Macam Jumaat.

“Setiap kali kita buat, ramai anak muda datang bersama. Rakan-rakan niaga juga turut menyokong dan bagi saya itu sangat bermakna,” katanya mengakhiri perbualan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading