Penyanyi Amira Othman mengaku tidak berhasrat menarik balik laporan dibuat terhadap seorang pemilik akaun media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap mereka.

Sebaliknya, Amira memberitahu, dia dan Fattah masing-masing ingin tahu siapa individu yang berselindung di sebalik akaun di platform Threads itu.

“Kami tidak akan tarik laporan sebab kami pun nk tahu siapa dia yang tampak seperti sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu itu.

“Jadi, mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa viral isu ini dapat diselesaikan,” kata Amira dalam entri Threads.

Amira berkata, dia dan Fattah masing-masing menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peminat yang memohon agar mereka tidak menarik laporan yang sudah dibuat kepada pihak berkuasa terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Penuh DM saya orang mesej serta ‘tagged’ saya dan suami supaya jangan tarik laporan untuk mencari siapa individu yang memfitnah kami macam-macam .

“Bercakap perkara tidak elok. Saya baca pun seram.,, Tidak takut ke pada Allah?” katanya.

selain membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM), mereka bertemu Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berhubung kegiatan memfitnah dan melempar dakwaan bukan-bukan di alam siber menggunakan akaun palsu.

Amira berpandangan selagi tidak ada mekanisma untuk menyelesaikan isu buli siber, selagi itulah pemilik akaun palsu tidak mengenali erti takut.

Tindakan Tegas

“Isu ini takkan selesai dan terus berleluasa. Malah, pemilik akaun palsu tidak takut sebab kita tak ada tindakan tegas,” katanya.

Baru-baru ini, kecoh seorang pemilik akaun Threads melempar pelbagai fitnah ke atas Fattah dan Amira. Bagaimanapun, semakan mendapati akaun terbabit sudah dinyahaktifkan.

 Pasangan ini juga telah bertemu terus dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta PDRM.

“Kami turun naik buat laporan di SKMM dan PDRM, malah berjumpa dengan Datuk Fahmi Fadzil adalah untuk menangani isu ini. Bukankah isu pembuli siber ini harus dibanteras?

“Selagi tidak ada mekanisme yang dicipta untuk selesaikan semua ini, selagi itulah tidak akan selesai dan berleluasa sebab ‘fake account’ ini tak takut kerana Malaysia tidak ada tindakan tegas,” tegasnya lagi.

Amira turut membidas cadangan mudah sesetengah pihak yang hanya menyuruh mangsa melupakan atau tidak membaca komen-komen negatif tersebut.

Katanya, pendekatan sebegitu hanya membuatkan pembuli siber menjadi lebih berani, di samping berisiko tinggi merosakkan kesihatan mental dan emosi sesiapa sahaja yang menjadi mangsa.

“Jadi saya tertanya-tanya, apa fungsi SKMM? Hujung-hujung mereka cakap ‘jangan baca sahaja’. Kami kalau tak baca dan tak beri respons pun rasanya ia semakin melampau. Takut-takut ia memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang kena,” luahnya mengakhiri perbualan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading