Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang peralatan rumah moden di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store dengan cacatan bilangan terbanyak kemeja sekolah yang berjaya  digosok dalam tempoh 60 minit – 49 helai kemeja.

Model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaiktaraf ini berjaya mengurangkan beban menggosok hingga hampir separuh daripada masa menggosok biasa sekali gus meringankan rutin harian rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk.

“Di Philips, kami percaya, inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidupan seharian,

Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, lazimnya tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak. Dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaiktaraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalankan hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang”, kata Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann.

Sue-Ann turut menjelaskan bahawa bagi tujuan mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records, Philips memberi tumpuan kepada kemeja lengan pendek yang dipakai oleh murid lelaki sekolah rendah dan menengah serta murid perempuan yang memakai pakaian seragam pinafore.

“Setakat bulan Januari 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira lima juta orang kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang bersekolah di seluruh negara. Philips mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan membantu meringankan tanggungjawab yang seringkali dipikul oleh bu bapa dalam menguruskan pakaian sekolah anak-anak,” katanya. 

Acara yang berlangsung di Harvey Norman Flagship Store, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Besar, Bahagian Peralatan Elektrik Kecil & Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia, Yvonne Chin, selain selebriti dan pempengaruh seperti Norreen Iman, Catriona Ross Bahrin, Kenzo Katarmo, wakil media dan rakan-rakan strategik. 

Philips PerfectCare Steam Generator Iron – PSG 8000 series

  • Penjana wap yang paling berkuasa dengan kadar wap 215g/seminit dengan kuasa wap dilonjakkan antara 750g hingga 850g
  • Reka bentuk yang ringan dengan boleh digunakan secara mendatar atau menegak 
  • Mengeluarkan wap dengan serta-merta apabila digerakkan tanpa menunggu lama 
  • Wap berkuasa tinggi yang melicinkan kedutan dengan lebih pantas semudah satu luncuran dikuasakan oleh Teknologi OptimalTemp,  DIJAMIN TIDAK MEMBAKAR FABRIK
  • Tangki air berkapasiti 1.4 liter yang boleh ditanggalkan 
  • Seterika yang dimatikan secara automatik apabila tidak digunakan dalam tempoh 4 minit

 Dapatkan informasi gaya hidup dan hiburan di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading