Tawa kecil kanak-kanak sememangnya terapi terbaik untuk menghiburkan hati dari segala permasalahan dalam kehidupan. Tidak dinafikan, kehadiran si kecil juga menjadi salah satu titik perubahan dalam hidup penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Rossa.

Pada Jun lalu, penyanyi Rossa mengejutkan peminat dengan berkongsi foto dirinya bersama seorang kanak-kanak perempuan yang diumumkan sebagai anak angkatnya.

Sejak perkongsian yang dibuat di Instagram peribadinya itu, ramai ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita di sebalik keputusan penyanyi Tegar itu menambah ahli baharu dalam keluarga kecilnya.

 Rossa memberitahu sudah mengambil kanak-kanak perempuan tersebut sejak bayi. Namun, Rossa memberitahu baru berkongsi berita itu kepada umum kerana mahu memberi ruang buat anak kecil itu memahami dunia pekerjaannya yang penuh glamor.

“Namanya Raina Mikayla Almheira. Baru sebulan yang lalu saya memperkenalkan Raina. Sebelum ini memang banyak perkara yang saya fikirkan secara peribadi.

“Sekarang dia sudah semakin faham yang ibunya seorang anak seni. Dia sudah kenal pentas dan suasana seperti itu, jadi sedikit demi sedikit dia semakin bersedia,” ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.

Pilih Nama Penuh Makna

Dalam masa sama, Rossa turut berkongsi maksud di sebalik nama penuh puteri angkatnya itu yang dipilih dengan penuh makna.

“Raina membawa maksud wanita yang cantik dan bijak. Nama itu juga bermula dengan huruf ‘R’, sama seperti Rossa dan Rizky. Mikayla pula bermaksud pemberian atau anugerah daripada Allah, manakala Almheira membawa maksud agung, bijaksana dan bertuah,” jelasnya.

Untuk rekod, Rossa pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, pada Mac 2004. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading