Selepas beberapa tahun melalui episod turun naik mahkamah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengesahkan pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim bercerai talak tiga.

Lafaz cerai berkenaan dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohammed Radzi Sadiman.

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, yang ditemui berkata, dia melepaskan Linda atas kehendak bekas isterinya pada prosiding pengesahan lafaz taklik.

“Hari ini sebenarnya adalah keputusan lafaz taklik yang dibawa oleh Linda dari majlis JKP (Jawatankuasa Pendamai) ke mahkamah selepas lebih setahun berlalu tapi kes lafaz taklik itu tak sabit, Alhamdulillah.

“Tapi untuk penuhi kehendak Linda, dan sebagai seorang lelaki ‘gentleman’, saya lepaskan dia dengan niat yang baik,” katanya memetik laporan https://www.hmetro.com.my/.

Pada prosiding berkenaan, Beego diwakili peguam syarie Muhamad Akmal Amzan, manakala Linda pula diwakili peguam syarie Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Sementara Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, pula mengucapkan rasa syukur kerana perjuangannya sejak lebih setahun lalu akhirnya berjaya diselesaikan.

“Alhamdulillah… hari ini Allah mudahkan segala urusan saya. Keputusan hari ini memang sangat memuaskan hati dan Alhamdulillah selesai.

“Selepas ini, insya-Allah saya akan buat tuntutan untuk pihak anak pulalah. Buat hak hadanah dan nafkah anak-anak. Apa pun saya rasa terharu sebab pihak defendan (Beego) ‘gentle’ melafazkan (cerai).

“Segala perjuangan saya selama setahun lebih macam dihargai, saya rasa lebih tenang dan bersyukur. Allah dengar doa kita semua kan. Ramai sangat yang mendoakan saya, yang DM, yang jumpa saya,” katanya.

Katanya, dia berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya selama ini agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari 2025 atas alasan sudah tiada persefahaman.

Melalui muat naik di Intagram @lindabeego, Linda mengumumkan akaun baharu Instagram miliknya iaitu @lindahashimofficial sambil menitipkan ucapan terima kasih di atas ucapan dan doa dari semua.

“Saya pernah berdoa untuk ‘hari ini’ di raudhah. Semuanya dengaan izin Allah. Terima kasih semua yang mendoakan. Terima kasih, Assalamualaiku. Ikuti akaun baharu saya @lindahashimoffical,” ujarnya berkongsi di laman Instagram story.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylmediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading