Dato’ Hashridz Murshim bin Hassim atau Datuk Acis meluahkan rasa syukur dan bangga apabila isterinya, penyanyi tersohor negara Sheila Majid, dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Datuk Hashridz menzahirkan ucapan tahniah kepada isterinya atas pengiktirafan yang disifatkan amat bermakna terhadap segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang kerjayanya dalam industri muzik tanah air.

“Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepada isteri saya kerana dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Kelas Pertama (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Sri oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
“Pengiktirafan ini sememangnya sangat layak diterima atas segala yang telah anda lakukan untuk kami semua. Kami amat, amat berbangga dengan anda,” tulisnya.
Anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk Sri kepada penerimanya.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada 16 individu, antaranya Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Dr Ramli Mohd Nor.
Pengiktirafan itu dilihat sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar Sheila Majid dalam memartabatkan industri muzik Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa sepanjang lebih empat dekad pembabitannya dalam dunia seni.

Perkongsian Datuk Hashridz itu turut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan industri yang menzahirkan rasa gembira atas pengurniaan tersebut, selain menganggap ia satu penghormatan yang wajar buat ikon muzik negara itu.
Tahniah Datuk Seri Sheila Majid!
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply