TRAGEDI kenderaan pacuan empat roda membabitkan empat sekeluarga di Jalan Lama Bentong, Bentong, Pahang meruntun hati warganet.

Pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, 40, isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36, seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, dalam insiden menyentuh hati.

Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pikap dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.
Perkongsian TikTok Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, kehadiran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi seorang lagi anak kembar yang terselamat tular.

“Tok Wan menyantuni santun kasih kepada satu-satunya mangsa yang terselamat.
“Malam tadi, saya menziarahi jenazah Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran di Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh sejurus selesai proses bedah siasat.

“Alhamdulillah, saya bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jemaah sempat menunaikan solat jenazah serta bacaan tahlil buat Allahyarham serta tiga ahli keluarganya yang turut meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di Bentong.

“Sayu melihat ahli keluarga dan insan-insan yang rapat dengan Allahyarham turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah empat sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang sekitar jam 3.15 pagi tadi di Tanah Perkuburan Taman Sri Chedung, Maran, dengan dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, pemimpin politik dan kenalan.
Mereka selamat disemadikan dalam satu liang lahad, jam 3.15 pagi, di Tanah Perkuburan Sri Chedung di sini.

Sebelum itu, semua jenazah dituntut waris antara 10 malam dan 11.45 malam selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Paya Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan serta disolatkan di Masjid Asy-Syakirin di sini.
Memetik Bernama, bapa Allahyarham Mohd Radzi, Rahimi Abd Samad berkata anaknya itu bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke Maran selepas menyertai program motosikal bersama belia Maran di Pulau Pangkor, Perak.
Allahyarham Mohd Radzi telah 10 tahun aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran sehingga dipilih menjadi ketua pemuda bahagian itu dan dilantik menjawat jawatan Bendahari Pemuda UMNO Pahang.
Al Fatihah.
Sumber: https://www.kosmo.com.my/ & https://www.bharian.com.my/
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply