Air dicincang tidak akan putus. Itulah pepatah lama yang sering dikaitkan dnegan hubungan adik-beradik atau saudara mara yang memberi perumpamaan yang ianya tidak akan terpisah walau dalam apa keadaan sekalipun.

Bagi penyanyi Syafiq Farhain, dia meluahkan rasa syukur apabila hubungan dengan adik kandung berlainan ibu, ‘Kemelut dalaman keluarga pisahkan adik-beradik,kini hubungan kembali bertaut, Ameng jadi perantara’-Syafiq Farhain kembali bertaut selepas lebih sedekad terputus susulan kemelut dalaman keluarga.

“Kami baru sahaja jumpa semula dalam dua tiga bulan lalu selepas bertahun-tahun. Kali terakhir saya jumpa Amirul masa dia sekolah lagi, sekarang dah umur 23 tahun.

“Baru jumpa balik, akrab baliklah senang kata. Saya gembira dia sudi bertemu. Waktu itu bukannya saya tak sudi, cuma tak tahu cari di mana. Lagipun takut jadi isu lain,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran single Cerita Cinta, memetik laporan https://www.kosmo.com.my/

Terima Kasih Ameng Spring

Menurut anak kepada vokalis Iklim, Allahyarham Saleem itu, pertemuan mereka berlaku selepas adik kandungnya itu berjumpa penyanyi, Ameng Spring yang juga menjadi penghubung antara mereka.

“Waktu itu dia jumpa Ameng Spring. Saya pula memang selalu bertemu Ameng. Dia bagitahu, ‘Ni adik mu ni nak jumpa mu ni.’

“Bila dapat berhubung, dia cakap baik-baik dan minta maaf atas apa yang berlaku dulu-dulu tu tapi sebenarnya pada saya hal dulu bukan salah dia pun.

“Dia tak tahu apa-apa. Masa itu dia masih kecil, darjah empat atau lima macam tu. Dia tak tahu nak fikir mana yang okey dan tidak,” ujarnya.

Bercerita mengenai keperibadian Amirul, pelantun lagu Sepi itu menyifatkan adik kandungnya sebagai seorang lelaki baik dan berbudi pekerti tinggi.

“Dia pun orangnya beradab, tidak seperti mana sangkaan saya sebelum ini. Sebab dulu saya fikir mungkin dia tidak suka saya, tapi sebenarnya benda sebegitu tak wujud pun. Orangnya pun baik sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Syafiq berkata, mereka berdua kini semakin selesa berkomunikasi walaupun masih ada sedikit kekok selepas sekian lama terpisah.

“Alhamdulillah okey, selalu mesej apa semua. Saya layan dia macam adik yang lain. Cumanya ada sedikit janggal sebab lama tak jumpa.

“Saya kalau layan adik-beradik lain macam kawan-kawan. Tapi saya takut bila saya buat macam tu, dia kurang selesa sebab cara kita membesar mungkin berbeza,” kongsinya.

Syafiq Farhain bersama ibunya, Napisah Muhammad Juwita

Syafiq Farhain merupakan anak keempat daripada lima beradik hasil perkahwinan Saleem dengan bekas isteri, Napisah Muhammad Juwita, manakala Amirul merupakan anak tunggal Saleem bersama Julia Bachok.

Cerita Di Sebalik Cerita Luka

Sementara itu, mengenai penerbitan lagu Cerita Luka selepas dua tahun menyepi, Syafiq mengakui lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada.

“Ketika pertama kali mendengar Cerita Luka, saya terus menyukainya. Lagu ini menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada dan sesuai dijadikan karya untuk menandakan kemunculan semula saya selepas dua tahun,” katanya mengakhiri perbualan.

Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com

Leave a Reply

Trending

Discover more from Lifestyle Media Hub

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading