Tidak ada wanita yang mahu bahtera perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian. Namun, tidak semua rumah tangga dapat dijalani dengan indah, ada jua perkahwinan yang menemui noktahnya dek pelbagai masalah yang timbul.
Spekulasi hubungan suami isteri antara pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah dapat dihidu sejak beberapa bulan yang lalu meskipun beberapa media yang pernah menemui Dr Che Hafiz di mana dia menafikan sebarang masalah dalam rumah tangganya.
Namun, baru-baru ini, Julia yang ditemui media membuat pengakuan bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum selepas hampir setahun melalui kemelut rumah tangga.

Menurut Julia, 32, dia dan Che Hafiz sudah tidak lagi bersua muka dan keputusan untuk berpisah merupakan persetujuan bersama.
“Sebenarnya, saya sudah tujuh bulan tidak bertemu dengan selepas hampir setahun berpisah. Saya akan memfailkan perceraian kami.
“Perpisahan ini adalah keputusan bersama dan hubungan kami profesional dengan membawa haluan masing-masing.

“Secara teknikal, dia masih lagi suami saya. Status kami sekarang suami isteri sebab lafaz cerai belum sah — masih menunggu tarikh prosiding mahkamah sebab memerlukan banyak dokumen berkaitan,” katanya memetik Kosmo! Online pada acara Astro 30 baru-baru ini.

berharap semua yang berlaku akan berakhir segera agar boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Kami akan bercerai dan itu adalah adalah keputusan muktamad, harap dia akan bagi kerjasama yang baik supaya saya juga boleh teruskan hidup.
“Sampai sekarang keluarga saya masih tidak tahu mengenai isu ini, mereka hanya dengar khabar angin dan membaca dari media sosial.
“Saya masih belum bercakap dengan mereka sebab sudah lama tak jumpa. Jadi, saya lalui semuanya seorang diri,” ujarnya lagi.

Dia bagaimanapun belum bersedia dan enggan berkongsi secara terperinci mengenai punca kemelut rumah tangganya kepada umum.
“Saya rasa semua orang sudah tahu bahawa pada ketika ini sedang melalui ‘sesuatu’ dalam rumah tangga saya.
“Saya tetap dengan pendirian untuk tak nak cerita apa-apa sebab bimbang boleh membawa kepada masalah atau pertikaian,” jelasnya.

“Sebenarnya benda ini berlaku sejak tahun lepas cuma saya mengambil masa yang lama untuk fikir dan betul-betul buat keputusan.
“4 Tahun Berkahwin, Saya Anggap Sudah Tiada Jodoh”
Tambahnya, keputusan untuk bercerai bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukannya dan masih lagi dalam proses mencari ketenangan dalam hidup.
“Perkara ini bukan sesuatu yang kita boleh buat keputusan dalam sehari ataupun seminggu.
“Sekarang saya masih lagi dalam proses ‘healing’ sebab masih terkejut tapi insya-Allah saya okey.
“Ini semua takdir Tuhan, kalau sudah tidak ada jodoh, tiada yang mampu saya lakukan,” tuturnya.
Terdahulu, kemelut perkahwinan Julia dan Che Hafiz menjadi bualan hangat apabila kedua-duanya memadam foto bersama serta tidak lagi saling memgikuti akaun media sosial masing-masing.
Dr. Che Hafiz pernah menafikan dakwaan cerai dan menegaskan rumah tangganya bersama pelakon Julia Farhana masih utuh pada April 2026. Dr Che Hafiz menegaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan tiada isu serius seperti diperkatakan.
Menurutnya, apa yang berlaku hanyalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga yang tidak pernah lari daripada ujian.
“Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surut. Mana ada rumah tangga yang tidak ada ujian.
Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022. Sebelum itu, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon, Lufya, dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura, 8, sebelum berpisah pada 17 Jun 2020
Dapatkan informasi hiburan dan gaya hidup di http://www.lifestylemediahub.com





Leave a Reply